Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Tuesday, August 31, 2010

Kibaran Jalur Gemilang

Keunikan 60 – Kenali Makna Kibaran Jalur Gemilang
Tarikh 31 Ogos datang lagi!  Tanah Pusaka  Bumi Bertuah!  Merdeka!  Merdeka!  Merdeka!  Laungan keramat yang mengingatkan kita kepada detik bersejarah pemasyhuran kemerdekaan Malaysia di Stadium Merdeka  Kuala Lumpur
Seluruh warga menyambutnya dengan penuh rasa bangga dan bersyukur kerana telah terlepas daripada belenggu penjajahan. 
Setiap tahun menjelangnya bulan Ogos kibaran Jalur Gemilang akan kelihatan di segenap pelusuk negara baik di kota atau di desa.
Terengganu juga tidak ketinggalan, Jalur Gemilang megah berkibar!
Sekitar Pentas Budaya Batu Burok
Sekitar Pantai Batu Burok
Bulatan di Pantai Batu Burok
Kelihatan Bukit Puteri di belakang
Sebuah kenderaan yang sempat penulis rakamkan pada pagi 31 Ogos, pemiliknya berjiwa patriotik, terima kasih!
Bulan pada malam 31 Ogos 2010 di langit Bandaraya Kuala Terengganu..kelihatan tersipu malu dicelah awan...penulis hanya gunakan telefon Sony Ericson W910i..kamera dikebas orang daaa!
Tema sambutan kali ini adalah ‘1Malaysia Menjana Transformasi'
Klik di sini untuk melihat sedutan ucapan YAB Datuk Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Kemerdekaan ke-53.
Lihatlah suasana ceria dan gembira tunas-tunas kecil di Kuala Terengganu menyambut kedatangan Ogos 2010.
Kegembiraan! Credit for SK Seri Budiman
Wajah-wajah Ceria! Credit for SK Pasir Panjang
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI NEGARA
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53
Read More

Monday, August 30, 2010

Menggapai Puncak Tertinggi di Terengganu

Keunikan 59 – Kenali Gunung Tebu
  Gunung Tebu merupakan gunung tertinggi di negeri Terengganu dan merupakan yang ke 37 di Malaysia.  Walaupun ketinggiannya cuma 1039 meter atau 3408 kaki namun untuk mencapai kemuncaknya bukanlah sesuatu yang mudah. 
Walupun begitu ia tetap menggamit pendaki dari dalam dan luar negara yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar.
Terletak di kawasan pelancongan yang menarik iaitu di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut, Terengganu. Gunung ini menjadi suatu destinasi pelancongan yang berbaloi kerana selain daripada dapat mendaki gunung, pengunjung juga boleh melihat keindahan air terjun Lata Belatan yang terkenal. 
 Pendaki juga akan dapat menyaksikan keunikan hutan yang berlatarkan Laut China Selatan.  
Gunung Tebu mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Oleh itu pendaki akan dapat menyaksikan sendiri spesis pokok seperti pokok seraya, keruing, meranti, karas, meranti bukit dan damar minyak.  Selain daripada kaya dengan spesis pokok berharga ini, gunung tebu juga menyimpan khazanah alam yang lain seperti spesis pokok orkid yang hampir pupus, pelbagai jenis periuk kera dan pokok-pokok bonsai.

Pendek kata, bercerita tentang khazanah alam yang tersimpan di Gunung Tebu ini tidak akan habis dan berkesudahan melainkan anda datang melihatnya sendiri.
Untuk menawan puncak Gunung Tebu ini anda memerlukan masa di antara dua atau tiga hari.  Oleh itu pendaki perlu mempunyai kesihatan yang baik selain daripada stamina yang tinggi.  Yang paling penting, anda mesti mendengar taklimat daripada pegawai Jabatan Perhutanan dan menjalani pemeriksaan rutin, sebelum memasuki hutan. Di samping itu pendaki juga dikehendaki mengambil pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.

INFO PENTING
Ketinggian 1039 meter atau 3408 kaki dari aras laut
Jarak perjalanan hampir tujuh kilometer atau lebih kurang lima jam pendakian
Terletak di daerah Besut, Terengganu (Air Terjun Lata Belatan menyambut kedatangan anda)
Terdapat kaunter Pejabat Hutan tempat pendaki melapor dan mendapatkan pas
Gunung tertinggi di Terengganu dan ke 37 tertinggi di Malaysia

CUTI-CUTI KE TERENGGANU
JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENDAKI GUNUNG TEBU


Read More

Friday, August 27, 2010

Lenakan Matamu………..Di manakah Nak Bermimpi?

Keunikan 58– Kenali Hotel dan Resort di Kuala Terengganu
Kuala Terengganu sebagai destinasi pelancongan dan percutian adalah pilihan yang tepat.  Anda yang datang ke Kuala Terengganu tentunya memerlukan tempat untuk melelapkan mata dan merehatkan badan.  Usah gusar dan gundah gulana kerana terdapat banyak tempat-tempat atau penginapan yang akan membolehkan anda lena sambil dibuai mimpi indah.

Penulis cuba kumpulkan seberapa banyak hotel dan penginapan yang terdapat di Kuala Terengganu ini supaya anda yang akan datang berkunjung ke Kuala Terengganu boleh mendapat maklumat yang cepat dan mudah hanya dengan klik blog ini saja.  Jom kita mulakan!  

Sebagai permulaan, penulis akan memperkenalkan dua buah tempat penginapan.
1.  Hotel Primula Park Royal 
 Hotel ini merupakan satu pilihan yang baik kerana letaknya yang strategik iaitu di Pantai Peranginan Batu Buruk dan hanya 1 km dari pusat bandar Kuala Terengganu atau 12 km dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
Pelbagai kemudahan disediakan oleh hotel ini yang pastinya akan memberikan kepuasan bagi sesiapa sahaja yang bermalam di sini.

Pengunjung yang menginap di hotel ini pasti tidak akan kecewa kerana hotel ini menyediakan pelbagai kemudahannya seperti kolam renang, kedai di lobi, perkhidmatan bilik 24 jam, tempat meletak kenderaan, kemudahan limousine dan banyak lagi.
Dari hotel ini pengunjung akan dapat menyaksikan panorama indah Laut Cina Selatan dan Pantai Peranginan Batu Burok yang terkenal.

Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan infomasi tentang hotel ini.
Tunggu apa lagi?  Ayuh!  Lenakan mata anda di Primula Park Royal.

2.  Hotel Grand Continental

Hotel Grand Continental terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin.  Sekiranya anda datang dari bulatan Batu Bersurat, lebih kurang 500 meter di sebelah kanan anda, di situlah tersergam Hotel Grand Continental ini.  

 Pintu masuk bersebelahan jalan sementara bahagian penginapan bersetentang dengan Laut Cina Selatan.  Boleh anda bayangkan betapa indah suasananya? 


Hotel ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk keslesaan tetamu dan pengunjung. Klik untuk info yang lebih jelas mengenai hotel ini.

Anda boleh menerokai dan melawati destinasi pelancongan yang berhampiran dan berdekatan dengan kedua-dua hotel ini seperti:
·         Pasar Besar Kedai Payang
·         Bazar Warisan
·         Bukit Puteri
·         Istana Maziah
·         Pusat Dagangan Teregganu/Planetarium
·         Bazar Stesyen Bas MBKT
·         Bulatan Batu Bersurat
·         Wisma Darul Iman (Pusat Pentadbiran)
·         Taman Rekreasi Syahbandar
·         Kampung Cina
·         Pulau Warisan (dalam pembinaan)
·         KT Water Front
·         Bukit Keledang
·         Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)
·         Lagun Kuala Ibai
·         Pantai Batu Burok
·         Taman Rekreasi Batu Burok
·         Pembuatan Perahu Tradisional Terengganu di Pulau Duyong
 Jangan tunggu lagi…singgahlah di Hotel Grand Continental pula!
Read More

Thursday, August 26, 2010

Kelih Penyu Bertelur di Rantau Abang


Keunikan 57 – Kenali Rantau Abang
 
Nok kelih penyu telur?  Jom kita ke Rantau abang.  Anda kena menunggu dan bersabar dari tengah malam hingga ke subuh sebelum boleh melihat sang penyu merayap naik ke pantai untuk bertelur.
Rantau Abang terletak di dalam daerah Dungun atau lebih kurang 60km kearah selatan bandar Kuala Terenggganu.
Pantainya yang memutih merupakan salah satu dari enam lokasi di dunia yang sering dikunjungi oleh penyu di antara bulan Mei hingga September.
Untuk pengetahuan anda penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Hal ini kerana spesis ini semakin pupus dan usaha untuk memastikan kesinambungan generasi penyu perlu dilakukan.  Anda boleh mengetahui maklumat mengenai penyu dan penetasan anak-anak penyu di Pusat Maklumat Penyu, Rantau Abang.

Info penting
Terdapat Pusat Maklumat Penyu di sini dan anda boleh mempelajari tentang haiwan ini serta maklumat mengenai tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur.

Pengangkutan
Bas, teksi atau berkereta sendiri
Perkhidmatan bas dari pekan Marang ke Rantau Abang disediakan setiap setengah jam.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893

Penginapan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893
atau
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu
No. 6B, C, & D, Wisma MBKT
Jalan Hiliran
20300 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
Tel : 09-626 2946 / 626 4946
Faks : 09-626 1946


Mari kita dengar lagu penyu menangis
 
Read More

Tuesday, August 24, 2010

Dodol Beraroma Daun Palas Yang Istimewa

Keunikan 56 – Kenali Dodol Daun Palas Terengganu
 Sebut sahaja dodol, semua orang tahu dan mengenali kuih tradisional ini. Rasanya agak manis dan kurang digemari kanak-kanak atau golongan muda. Selalunya kueh ini hanya menjadi pilihan ketika hari raya atau hari-hari tertentu sahaja. 
Tetapi di Terengganu lain pula. Kueh yang diperbuat daripada tepung beras pulut sebagai bahan mentah utamanya ini menjadi enak dan unik rasanya apabila dibalut atau dibungkus dengan menggunakan daun palas. 
Aroma daun palas meresap ke dalam dodol dan ini menjadikan rasanya istimewa daripada dodol yang biasa.
Aroma asli daun palas yang harum akan mengingatkan kita kepada keharmonian alam semulajadi yang penuh dengan misteri yang belum terungkap
Dodol daun palas ini menjadi lebih sedap apabila dibiarkan lebih lama di dalam daun palas. Isi dodolnya menjadi lebih kental dan bahagian luar akan berkeping atau keras sedikit menjadikan lapisan luar isi dodol sedikit bergula dan rangup.
Dodol daun palas ini sesuai sekiranya ingin dijadikan buah tangan. Ia ringkas dan mudah untuk dibungkus.
Anda boleh mendapatkan dodol ini di pasar-pasar atau kadang-kadang di kedai-kedai biasa dan juga di pasaraya seperti Pasaraya Sabasun.
SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATI KELAINAN RASA DODOL TERENGGANU
Read More

Monday, August 23, 2010

Negeriku Yang Cantik (6)

Keunikan 55 – Kenali Lagu Tema Negeri Terengganu
Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang bersejarah penuh dengan pelbagai warisan budaya yang masih utuh dan terpahat di hati anak tempatan.
Biarpun perubahan demi perubahan berlaku namun budaya warisan tetap kekal terpahat dan terpatri di hati anak-anak warisan Terengganu.

Tanah yang berdaulat ini menjadi sumber inspirasi kepada bekas Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh sehingga lahirlah sebuah wadah dalam bentuk melodi yang indah terungkap dalam senikata lagu Impianku.
Lagu ini kemudiannya menjadi lagu tema bagi negeri bertuah ini. Dengarkan lagunya!
 
Senikata Lagu Impianku
Impianku
Terengganu Negeriku
Tanah berdaulat penuh semangat
Semua impian lama kusimpan
Pasti ku jadikan ia kenyataan
Akan ku melangkah dengan semangat kental di hati
Akan ku mengalah tunaikan janji yang terpatri
Terengganu maju
Impianku…
Impian ini…
(Chorus)
Bukan fantasi ia realiti berkat Ilahi
Kusahut cabaran gapai kejayaan bukti kemampuan
Genggam harapan
Tiada halangan pahat sejarah yang cemerlang
Hanya peluang bina tamadun yang gemilang
Terengganu maju impianku 2x
(Ulang Chorus)
Ilham dan konsep asal : YAB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
© Hak Cipta Terpelihara – Pejabat Menteri Besar Terengganu
Read More

Sunday, August 22, 2010

Negeriku Yang Cantik (5)

Keunikan 54 – Kenali Lagu Kebesaran Negeri Terengganu
Lagu Selamat Sultan merupakan Lagu Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman. Lagu ini telah digubah pada tahun 1927 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu yang ke-13. Insan bertuah yang telah diberikan tanggungjawab untuk menggubah lagu ini adalah seorang guru yang ketika itu bertugas di Sekolah Paya Bunga, Kuala Terengganu. Guru yang dimaksudkan ialah Encik Mohd Hashim bin Abu Bakar, peranakan Singapura.
Senikata asal lagu Terengganu Darul Iman adalah seperti berikut:
Allah peliharakan Raja kami
Sultan Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera dua laki isteri
Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Memerintah Terengganu Negeri
Susunan senikata asal telah disusun dan digubah semula oleh Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu selepas pemerintahan Jepun dan kekal sehingga 9 Mac 1990. Senikata lagu yang telah digubah semula seperti berikut:
Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera suami isteri
Allah peliharakan Raja kami
Sentosa rakyat negeri
Senikata lagu ‘Selamat Sultan’ ini telah diubahsuai lagi pada tahun 1989. Allahyarham Dato’Setia Jasa (Dato’ Haji Mohd Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan supaya pengubahsuaian senikata lagu ini dilakukan.
Sebuah Jawatankuasa seramai lapan orang diketuai Y.B Setiausaha Kerajaan Terengganu ( Y.B Dato’ Setia Wangsa) telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengkaji semula senikata lagu ‘Selamat Sultan’ kerana didapati sebahagian daripada senikatanya kurang sesuai dengan keadaan sekarang dan tidak menepati bahasa istana. Hasilnya beberapa pindaan telah dibuat keatas lagu tersebut
.
Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengampuni perkenan dengan pindaan senikata lagu ‘Selamat Sultan’. Hasilnya terciptalah senikata yang sehingga ke hari ini digunapakai sebagai Lagu Kebesaran Negeri Terengganu. Senikatanya adalah seperti berikut:
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman 
Sekarang diperdengarkan lagu 'Selamat Sultan'


'WARISAN BUDAYA BANGSA UTUH TERPELIHARA'
Read More

Friday, August 20, 2010

Keajaiban Alam Semulajadi Yang Mengasyikkan


Keunikan 53- Kolam Air Panas La
Sekiranya anda ingin merasai dan menikmati sauna semula jadi yang mengkagumkan, datanglah ke Kolam Air Panas La atau ‘ La Hot Spring’ yang terletak di pedalaman Hulu Besut, Terengganu.  Dari bandar Jertih jaraknya lebih kurang 30 km.
Kolam air Panas La merupakan warisan khazanah alam semulajadi yang unik dan istimewa. 
Pengunjung ke sini boleh menikmati kehangatan air yang kadangkala boleh mencecah ke suhu 50-60 darjah Celcius.   
Hangatnya tidak terkata namun ia memberikan kesegaran dan ketenangan kepada pengunjung yang memang ingin merehatkan diri dari kesibukan harian. 
Dengan kandungan mineral seperti sulfur (belerang) ia dikatakan baik untuk mereka yang menghadapi masalah kulit dan kesakitan sendi.
Terletak di Kampung La di kaki Gunung Tebu yang terkenal dengan aktiviti pendakian dan penerokaan untuk melihat keanggunan flora dan fauna yang terdapat di sana.
Pengunjung boleh merasai dan menikmati mata air yang hangat yang mengalir keluar dari celah-celah batu dan terus mengalir ke dalam kolam. 
Di sini anda juga boleh berkhemah dan memancing iaitu aktiviti yang mencabar kesabaran sambil menikmati bunyi alam semulajadi yang mengasyikkan.
Jangan bimbang tentang kemudahan kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini seperti tandas, rumah rehat dan surau  Jadi, apa tunggu lagi, mari kita ke kolam air panas ini.
                   Maklumat Penting
     Untuk ke Kolam Air Panas La anda anda perlu ke Kampung la.  Sekiranya anda dari Kuala Terengganu, anda perlu ke Jertih lebih kurang 100km.  Dari Jertih jaraknya lebih kurang 30 km. dan terdapat banyak  papan tanda untuk ke Kolam air Panas La.  Anda perlu mengikut papan tanda ini dan lebih kurang 9 km perjalanan tibalah di kolam tersebut.
Anda boleh menginap di sini :
La Hot Spring Recreational Park Chalets
D’ Pinggiran Gunung Tebu Resort
Primula Coral View
Bukit Keluang Beach Resort
Taman Azimos Chalet
Makan Minum di :
Local Food Stall
Mastura Jabi Satay
Sun Tee Restaurant
Gemilang Restaurant
Sakura Restaurant
SELAMAT BERISTIREHAT DI KOLAM AIR PANAS LA









Read More
TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP