Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Thursday, September 30, 2010

Hulu Terengganu Terus Membangun

Keunikan 78 – Kenali Daerah Hulu Terengganu


Keluasannya adalah 264,025.60 hektar ataupun 68.14% daripada jumlah keluasan negeri Terengganu.  Ini menjadikan Daerah Hulu Terengganu daerah yang terbesar daripada 7 daerah. 

Lokasinya jauh ke pedalaman negeri Terengganu dan bersempadanan dengan Daerah Besut dan Setiu di Utara. Di bahagian timurnya bersempadanan pula dengan Daerah Kuala Terengganu dan Marang manakala bahagian Selatan berjiran dengan Daerah Dungun dan Jerantut (Pahang).  Di sebelah baratnya terletak jajahan Hulu Kelantan.

Menurut sejarah, Daerah Hulu Terengganu sudah terkenal sejak abad ke-13 lagi.  Pada waktu itu, ia lebih dirujuk sebagai Kuala Berang atau Fo-lo-an yang terkenal kerana menjadi tempat tumpuan atau berkumpulnya para pedagang pelbagai bangsa dari Timur dan Barat.


Penemuan Batu Bersurat bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masehi menguatkan bukti yang Kuala Berang atau Hulu Terengganu sekarang ini, adalah sebuah pusat perdagangan penting di mana agama Islam telah bertapak lebih awal.
Hulu Terengganu merangkumi 9 mukim iaitu Hulu Berang, Hulu Telemong, Hulu Terengganu, Jenagor, Kuala Berang, Kuala Telemong, Penghulu Diman, Tanggol dan Tersat.

Sebahahagian daripada kawasan Hulu Terengganu adalah Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir seluas 209,199 hektar yang dikelolakan oleh KETENGAH.
Daerah ini mempunyai kawasan hutan hujan tropika tertua iaitu  Taman Negara Malaysia dan tidak hairanlah jika Hulu Terengganu memiliki kawasan alam semulajadi yang memayungi bumi Terengganu.  
Bandar utama adalah Kuala Berang dan Ajil yang menjadi tumpuan petempatan penduduk.  Kuala Berang menjadi pusat pentadbiran daerah manakala Ajil adalah kawasan industri utama dan juga perumahan.
Di antara kawasan menarik di dalam daerah ini adalah seperti Tasik Kenyir, Belukar Bukit, Hutan Lipur Sekayu danTaman Pertanian Negeri Sekayu.

Kemudahan Pengangkutan
Bas ekspres dari Tasik Kenyir ke Kuala Lumpur – Terminal bas terletak di pusat bandar Kuala Berang.
Perkhidmatan bas lompat, teksi dan van penumpang
Kemudahan Penginapan
Tasik Kenyir Golf Resort
Kenyir Sanctuary Resort
JALAN-JALAN KE HULU TERENGGANU
SINGGAH DI TASIK KENYIR, SEKAYU, BELUKAR BUKIT....
Read More

Jejak Gemilang Murid Terbilang 2010

Keunikan 77 – Kenali Pelajar Terengganu Yang Gemilang


Penulis ingin berkongsi info ini bersama pengunjung blog.
Pada 26 September lepas, satu program  anjuran bersama JPN Terengganu dan YaysanTerengganu telah diadakan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.   Program ini bertajuk ‘Majlis Jejak Gemilang Murid Terbilang 2010’ telah mengumpulkan pelajar-pelajar cemerlang 2009 dan pelajar cemerlang 2010.  Ternyata Terengganu memiliki 'permata negeri' yang berharga demi masa depan.
Program yang dtelah disempurnakan oleh Y.B Hj. Ahmad Razif bin Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran  Pengajian Tinggi Sains & Teknologi dan Sumber Manusia  menyaksikan pelajar-pelajar cemerlang bersama ibu bapa masing-masing memenuhi ruang Pusat Konvensyen tesebut.
Pelajar Cemerlang SMAASZA 2010
SMA (Atas) Sultan Zainal Abidij Batu Buruk(SMAASZA) telah membawa seramai 30 orang pelajar cemerlang sebagai wakil kepada semua pelajar yang lain.  Semoga dengan ini Terengganu akan berjaya mengeluarkan pelajar terbilang negara.
Tunas-tunas Gemilang SMAASZA 2010
Read More

Wednesday, September 29, 2010

Kristal Yang Indah di Pulau Wan Man

Keunikan 76 – Kenali Masjid Kristal Terengganu (sambungan TTI)
Foto lama April 2010 - Perhatikan pokok-pokok
Foto September 2010 - Pokok-pokok semakin membesar dan menghijaukan suasana
Masjid yang terkenal di negeri Terengganu ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.  Mercu tanda yang menjadi ikon bagi Taman Tamadun Islam (TTI) ini diperbuat daripada kristal kaca dan keluli menjadikannya unit dan istimewa.
Teima kasih untuk pemilik foto ini
Ia dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.
Bandar Kuala Terengganu yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Januari sebelum itu diserikan lagi dengan perasmian Masjid ini.  Keindahannya telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke negeri Terengganu, Malaysia ini.
Masjid yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.  Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet dengan liputan WIFI bagi membolehkan pembacaan al Quran elektronik.
Pengesahan arah kiblat masjid
Masjid yang cantik di bahagian luar dan dalam ini mempunyai kombinasi warna yang harmoni iaitu putih dengan warna kristal keemasan disulami permaidani merah lembut menutupi bahagian lantainya.
Ruang solat dilitupi oleh permaidani kemerahan yang cantik
Tidak dapat hendak digambarkan dengan jelas hanya dengan kata-kata dan tulisan, melainkan anda datang ke sini dan melihat sendiri apa yang penulis ingin gambarkan. 
Mimbar dan Mihrab yang berwarna putih
Foto-foto yang sempat dirakamkan ini mungkin boleh menterjemahkan sedikit sebanyak apa yang penulis ingin katakan.  Mari kita lihat……………..
Masjid Kristal yang indah
Bukit Besar boleh dilihat dengan jelas dari Masjid Kristal
Latar belakang Masjid Kristal
Pelajar SMAASZA (anak didik) bergambar di hadapan Masjid Kristal
Info Penting
Cara untuk datang ke sini
- Bas Cas Ligas (Bas Bandar) yang berlepas dari Taman Shahbandar
Kuala Terengganu setiap hari
seawal jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Teksi bagi yang datang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau
Stesyen Teksi di Kuala Terengganu
- Bot Penambang yang bertolak dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
 Untuk Pertanyaan boleh hubungi
TTI Management Sdn. Bhd
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia
Tel : 609 6278888    Fax : 609 6309020
Web : www.tti.com.my

CUTI-CUTI KE PULAU WAN MAN
BAWA KELUARGA MELIHAT KEINDAHAN SENIBINA
MASJID KRISTAL 
Read More

Tuesday, September 28, 2010

Cerita TTI Bersama Warisannya

Keunikan 75 – Kenali Taman Tamadun Islam (TTI) Melalui Foto
Info di atas boleh diperolehi sebelum anda melepasi Taman Monumen di TTI
Entri kali ini amat istimewa bagi penulis.  Entri ini…rasa macam beraya sekali lagi.  Cukup sudah syarat dan halangan asasnya.  Entri yang seterusnya nanti tidaklah rasa terkejar-kejar dan bolehlah releks sikit! 
Untuk entri yang istimewa ini penulis memilih cerita yang peserta lain telahpun bercerita tetapi penyampaiannya agak berlainan.  Kali ini penulis akan mempamerkan foto-foto dan tidak akan mengulas dengan terperinci.  Penulis akan biarkan foto-foto itu bercerita sendiri!!!  Mari kita melihat dan mendengarnya.......sambil menyelami keunikan dan keindahan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man ini!
Pintu Gerbang ini akan menyambut kedatangan anda ke TTI
Anda akan melalui Bangunan ini apabila memasuki pekarangan TTI
Pokok Gergasi memberikan ucapan selamat datang ke TTI!'
Pengunjung akan melalui Bulatan Al-Biruni
Pangkalan Tok Ku Paloh
Kawasan untuk meletak kenderaan
Kawasan untuk 'Parking'
Gerai Cenderamata
Naik bot melalui jeti ini
Panorama yang cantik di jeti
Dari Pangkalan Tok Ku Paloh Kelihatan Wisma Darul Iman
Panorama indah dari jeti
Selepas puas menikmati pemandangan di jeti, boleh singgah makan di sini
Untuk melihat Taman Monumen perlu melalui bangunan ini
Setelah  berada di dalam Taman Monumen pengunjung boleh menaiki Tram (RM3.00 harga tiket) kerana untuk melihat semua monumen perlu berjalan sejauh lebih kurang 800 meter...jauh tu!
Tram
Sebelum menaiki Tram pengunjung boleh melihat monumen ini  (Masjid Xian, China) yang terletak tidak jauh dari tempat berlepas
Tempat duduk di dalam Tram
Tempat berlepas adalah di sebelah monumen pertama iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur
Terdapat permainan ini bersebelahan tempat berlepas
Kudus Minar, Jawa Tengah, Indonesia
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei

Masjid Sultan, Singapura
Taj Mahal. Agra, India
Dewan Tayangan
Taj mahal
Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan
Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin
Ini bukan monumen, pokok yang dikekalkan, semuanya tinggi-tinggi!(berhampiran Kubbah As-Sakhrah)
Tangga ke bahagian atas Kubbah As-Sakhrah
Tasik yang prmai
pemandangan sekitar tasik
Masjid Suleiman, Turki
Masjid Samarra, Iraq
Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi
Aleppo Citadel, Syria
Masjid Nabawi, Madinah, Saudi Arabia
Istana Al-Hambra, Granada, Sepanyol
Masjid Qairawan, Tunisia
Kalyan Minaret, Uzbekistan
Masjid Agadez, Nigeria
Secara ringkasnya, kita sudah selesai mengelilingi Taman Monumen ini.  Bagaimana, menarik tak?
Info Taman Tamadun Islam KLIK
...bersambung
Read More
TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP