Keunikkan 45 – Kenali Mini Maha 2010
Mini Maha 2010 peringkat Negeri Terengganu telah berakhir semalam Isnin 9 Ogos. Pameran yang di rasmikan oleh Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu ini, telah berlangsung selama empat hari iaitu dari 6 hingga 9 Ogos bertempat di Dataran Syah Bandar Kuala Terengganu.
Mini Maha 2010 ini telah menghimpunkan wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan serta usahawan-usahawan yang mempamerkan keistimewaan produk masing-masing.
Penulis telah berkunjung ke pameran ini pada hari terakhir semalam dan sempat merakamkan beberapa foto untuk dikongsikan. Walaupun kebanyakan gerai telah pun ditutup, namun terdapat beberapa gerai yang masih setia menunggu pengunjung di saat-saat akhir. Hebatnya!
Jom kita lihat gerai-gerai yang masih aktif menerima pengunjung pada saat-saat akhir ini!
Yang paling istimewa adalah gerai Jabatan Perhutanan kerana apabila kita melangkah ke dalam terasa bagaikan pameran baru bermula.
Tahniah dan terima kasih kerana tidak mengecewakan pengunjung yang terlewat. Layanan yang sungguh mesra! Penulis paparkan foto-foto Jabatan Perhutanan ini dalam bentuk slide.
Mini Maha 2010 peringkat Negeri Terengganu telah berakhir semalam Isnin 9 Ogos. Pameran yang di rasmikan oleh Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu ini, telah berlangsung selama empat hari iaitu dari 6 hingga 9 Ogos bertempat di Dataran Syah Bandar Kuala Terengganu.
Pertanian Terengganu |
Risda |
Risda |
Pusat Inkubator PPP Manir, Belara |
Jom kita lihat gerai-gerai yang masih aktif menerima pengunjung pada saat-saat akhir ini!
Lelong Hari Terakhir di Gerai Usahawan Wanita |
Gerai Buahan Kering |
Risda hanya tinggal ini sahaja lagi pada hari terakhir |
KETARA Terengganu |
Jabatan Perhutanan Terengganu yang tidak mengecewakan pengunjung pada hari terakhir pameran |
No comments:
Post a Comment