Bendera Daerah Dungun |
Dungun merangkumi kawasan seluas 2,735.04 km persegi dan 11 mukim iaitu Abang, Besol, Jengai, Jerangau, Kuala Dungun, Kuala Paka, Kumpal, Pasir Raja, Rasau, Sura dan Hulu Paka.
Sejarah Bukit Besi...credit untuk Bukit Besi Blog |
Kepentingan daerah ini kepada penjajah membawa kepada pembukaan lombong bijih besi terkenal di dunia ketika itu. Bukit Besi menjadi lombong bijih besi terbuka terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an. Lombong yang terletak di Mukim Besol ini berkeluasan 1618 hektar dan ditutup pada tahun 1970
Aktiviti ekonomi Dungun beralih kepada industri pertanian (kelapa sawit) dan kemudiaanya mula menerima limpahan pembangunan industri dari daerah Kemaman apabila Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 dibuka di Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS.
Bandar Paka |
Permata Laut Cina Selatan ini bukan sahaja cantik di mata tetapi juga bermakna di hati. Inilah salah satu daripada enam destinasi pendaratan penyu belimbing dunia yang terkenal. Dungun oh Dungun, namamu kembali menjadi sebutan dan meniti dibibir dunia. Klik
Namamu yang unik, Dungun rupanya adalah berasal dari nama sebatang pokok. Pokok yang tumbuh dengan baik di Malaysia khasnya di Dungun ini mempunyai nama saintifiknya iaitu Heritiera littoralis Dryand.
Lagu Dungun Membangun
Untuk datang ke Dungun anda bolehlah berkereta sendri atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau teksi. Bagi pengunjung dari Kuala Lumpur, boleh menggunakan lebuhraya Pantai timur melalui Jalan Jerangau-Jabor sebelum tiba di bandar al-Muktaffi Billah Shah, Dungun.
Pengunjung juga boleh menggunakan jalan Kuantan-Kemaman-Dungun
Bagi yang datang dari arah selatan, boleh menggunakan jalan Johor Bahru-Mersing-Pekan-Kemaman-Dungun Sementara yang datang dari arah utara boleh menggunakan Lebuhraya Timur Barat melalui Merchang-Jertih-Permaisuri-Merang-Kuala Terengganu-Dungun.
Untuk bercuti ke Dungun anda boleh memilih pakej percutian di link ini.
BERCUTILAH KE DUNGUN TERENGGANU
No comments:
Post a Comment