Keunikan 62 – Kenali Usahawan Wanita Terengganu
Pada kali ini penulis ingin berkongsi cerita mengenai seorang usahawan wanita di Kuala Terengganu yang gigih berusaha tanpa mengenal penat dan putus asa.
Penulis sempat mengenali beliau ketika berkunjung ke bazar membeli belah Hari Raya di Pusat Dagangan Terengganu semalam. Beliau yang dikenali dengan panggilan Puan Noor memilih pokok kristal dan pakaian wanita sebagai barangan utama perniagaan. Di samping itu beliau juga menawarkan produk yang berasaskan Batu Hematite.
Bermula tujuh tahun yang lepas secara kecil-kecilan menjual barangan secara tempahan, kini beliau berhasrat untuk membuka dan memiliki sebuah kedai.
Menurut beliau, buat masa sekarang ini perniagaan dijalankan dengan cara pelanggan menelefon untuk menempah produk yang berkaitan kerana beliau masih belum berhasil mencari kedai yang sesuai dengan produknya.
Walaupun begitu, ia tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk berusaha lebih gigih.
Usahawan yang berpegang kepada prinsip ‘berniaga secara jujur dan jangan sekali-kali menipu pelanggan’ ini, percaya bahawa kejujuran penting dalam perniagaan dan merupakan asas untuk berjaya.
Berbekalkan prinsip tersebut, beliau telah berjaya memperluaskan pasaran barangannya. Menurut beliau, kepercayaan pelanggan terhadap produk jualan amat penting.
Sekarang, mari kita lihat produk jualan pula. Penulis tertarik dengan pokok Kristal yang dipamerkan di gerai jualannya.
Menurut Puan Noor, batu-batu yang digunakan untuk pokok kristal di kedainya adalah asli. Ia terdiri daripada batu jade, akik, amethyst, kristal, rose quartz dan citrine.
Produk batu hematite pula terdiri daripada gelang tangan, gelang kaki dan rantai leher. Batu hematite ini diikat bersama dengan batu-batu asli mengikut pilihan pelanggan.
Mengikut kajian, dipercayai batu hematite ini boleh memperbaiki saraf dan melancarkan perjalanan darah seseorang pemakainya.
Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan produk ini bolehlah menghubungi Puan Noor di nombor telefon berikut
019 9848598
No comments:
Post a Comment