Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Saturday, September 11, 2010

Dungun oh Dungun

Keunikan 66 – Kenali Daerah Dungun
Bendera Daerah Dungun
 Dungun merupakan salah satu daripada tujuh daerah di dalam negeri Terengganu.  Letaknya yang strategik di antara laluan ke Pantai Timur dan ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia memberikan kelebihan kepada Dungun sebagai lokasi persinggahan.  
Dungun merangkumi kawasan seluas 2,735.04 km persegi dan 11 mukim iaitu Abang, Besol, Jengai, Jerangau, Kuala Dungun, Kuala Paka, Kumpal, Pasir Raja, Rasau, Sura dan Hulu Paka.  
Sejarah Bukit Besi...credit untuk Bukit Besi Blog
Pada zaman silam, nama Dungun sering disebut dan menjadi salah satu kawasan penting kerana bijih besi.
Kepentingan daerah ini kepada penjajah membawa kepada pembukaan lombong bijih besi terkenal di dunia ketika itu.  Bukit Besi menjadi lombong bijih besi terbuka terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an.  Lombong yang terletak di Mukim Besol ini berkeluasan 1618 hektar dan ditutup pada tahun 1970
Aktiviti ekonomi Dungun beralih kepada industri pertanian (kelapa sawit) dan kemudiaanya mula menerima limpahan pembangunan industri dari daerah Kemaman apabila Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 dibuka di Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS.
Bandar Paka
Kemasyhuran Dungun juga dikaitkan dengan pantai dan pulau-pulau berdekatan yang mempunyai pemandangan dan kecantikan semulajadi.  Rantau Abang misalnya, memiliki pantai yang memukau mata dengan ombak laut yang menyuarakan kedamaian pasti mengusik hati sesiapa sahaja yang singgah digigi airnya.

Permata Laut Cina Selatan ini bukan sahaja cantik di mata tetapi juga  bermakna di hati.  Inilah salah satu daripada enam destinasi pendaratan penyu belimbing dunia yang terkenal.  Dungun oh Dungun, namamu kembali menjadi sebutan dan meniti dibibir dunia.  Klik
Namamu yang unik, Dungun rupanya adalah berasal dari nama sebatang pokok.  Pokok yang tumbuh dengan baik di Malaysia khasnya di Dungun ini mempunyai nama saintifiknya iaitu Heritiera littoralis Dryand. 
 Lagu Dungun Membangun
Untuk datang ke Dungun  anda bolehlah berkereta sendri atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau teksi.  Bagi pengunjung dari Kuala Lumpur, boleh menggunakan lebuhraya Pantai timur melalui Jalan Jerangau-Jabor sebelum tiba di bandar al-Muktaffi Billah Shah, Dungun.
Pengunjung juga boleh menggunakan jalan Kuantan-Kemaman-Dungun
Bagi yang datang dari arah selatan, boleh menggunakan jalan Johor Bahru-Mersing-Pekan-Kemaman-Dungun  Sementara yang datang dari arah utara boleh menggunakan Lebuhraya Timur Barat melalui Merchang-Jertih-Permaisuri-Merang-Kuala Terengganu-Dungun.

Untuk bercuti ke Dungun anda boleh memilih pakej percutian di link ini.
BERCUTILAH KE DUNGUN TERENGGANU

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP