Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Monday, September 13, 2010

Negeriku Yang Cantik (Siri 10) Kemaman

Keunikan 67 – Kenali Daerah Kemaman 
Daerah Kemaman bersempadanan dengan Daerah Dungun di bahagian utara dan negeri Pahang di bahagian Selatan. 
Kemaman dicatatkan sebagai sebuah pelabuhan oleh Sejarawan Greek yang lahir di Mesir, Ptolemy.  Catatan tersebut diungkapkan di dalam peta Semenanjung TanahMelayu (Golden Khersonese) di mana Ptolemy menyebut tentang dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu iaitu Perimula (merujuk kepada Kuala Terengganu) dan Kole (merujuk kepada Kemaman).

Daerah Kemaman ini dikatakan telah dibuka oleh seorang yang bernama Che Wan Teh, bangsawan Kuala Pahang yang berpindah dari Pahang ke sini berikutan pertelingkahan yang berlaku di PahangCerita lain pula mengaitkan Kemaman dengan seorang pedagang dari Pattani di Selatan Siam yang bernama Lebai Saris @ Saras.  Beliau juga diceritakan mempunyai perkaitan dengan asal usul nama Kemaman.
Daerah yang terletak di negeri Terengganu, Malaysia ini merangkumi kawasan seluas 8,000 batu persegi (254,000 hektar).  Kedudukannya yang strategik menghadap Laut China Selatan memberikan kelebihan kepada daerah ini untuk muncul sebagai sebuah pelabuhan yang penting sehingga ke hari ini.
Kemaman dibahagikan kepada 11 buah  mukim dengan pusat pentadbirannya tertumpu di bandar Chukai.  Jumlah penduduk Kemaman pada tahun 2006 adalah 158,660  di mana 86.7% Melayu, 10.6% Cina, 0.5% India dan 2.2% bangsa-bangsa lain.
Kawasan pantainya sejauh lebih kurang 38 batu menganjur dari Kuala Kemaman ke Kertih.  Di antara pantai-pantai yang menarik untuk dikunjungi adalah seperti Pantai Chendor, Pantai Kuala Kemaman, Pantai Penunjuk, Pantai Teluk Kalong, Pantai Geliga, Pantai Marina, Pantai Teluk Mak Nik, Pantai Kijal dan Pantai Kemasik. 
 Industri petroleum dan gas merupakan sumber dan nadi utama ekonomi Kemaman.  Kegiatan industri ini bertumpu di sekitar Pelabuhan Kemaman.  Selain daripada itu terdapat juga  kegiatan ekonomi tradisional seperti menangkap ikan dan industri pembuatan ikan masin.  Hasilnya untuk kegunaan tempatan dan juga eksport terutama diekspot ke Singapura. 
Pantai Kemaman juga terkenal sebagai tempat pendaratan penyu namun ketibaan penyu semakin hari semakin merosot semenjak tahun 2004 lagi.  Untuk memulihkan keadaan Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah didirikan.  Pusat ini beroperasi di bawah pengawasan Jabatan Perikanan, BP and WWF-Malaysia. 
Jika anda seorang peminat sukan, di Kemaman ini terdapat sebuah Stadium Sukan di kawasan Mak Chili.  Anda boleh menggunakan stadium ini dengan kebenaran atau kelulusan daripada Majlis Daerah Kemaman.
Selain daripada itu, sekiranya anda menggemari ‘wind surfer atau ‘kite surfer, anda boleh melakukannya di hampir kesemua pantai yang terdapat di Kemaman ini.  Menarik bukan!
Oleh itu datanglah beramai-ramai ke Kemaman.  Bercuti sambil menikmati pantai yang memutih dan pelbagai tempat menarik yang lain.  Jangan lupa untuk membaca entri penulis mengenai tempat-tempat menarik di Kemaman di dalam post yang berlainan dalam blog ini.
Info Penting Untuk Memudahkan Kunjungan Anda Ke Kemaman 
Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Kuantan dan terus ke Kemaman. 
Pengunjung dari Selatan seperti Johor Bahru boleh melalui Kuala Lumpur atau terus ke Mersing-Pekan-Kemaman.
Pengunjung dari Utara pula boleh melalui Lebuhraya Timur Barat-Macang-Jertih-Permaisuri-Merang-Kuala Terengganu-Marang-Dungun dan teruskan perjalanan ke Kemaman.
Di antara syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan ke Kemaman adalah seperti Transnasional, Exspress Sani ,Express Utama, Mutiara EspressMara Liner dan sebagainya.
Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan udara. Lapangan Terbang Kerteh terletak di Bandar Kerteh, iaitu kira-kira 20 minit memandu dari Bandar Chukai Kemaman.    
   Syarikat Penerbangan FireFly menyediakan pengangkutan udara dari Subang ke Kerteh. Untuk mengetahui kadar tambang, jadual perjalanan serta maklumat berkaitan, bolehlah melayari laman web ini. KLIK
7.      Penginapan – terdapat banyak hotel, homestay dan sebagainya untuk anda berehat. Antaranya KLIK

SELAMAT BERCUTI KE KEMAMAN
ANDA PASTI AKAN PULANG DENGAN HATI YANG PUAS DAN GIRANG

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP