Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Sunday, August 1, 2010

7 Daerah Menjadi 1 Terengganu (Siri 4 Negeriku Yang Cantik)

Keunikan 41 – Kenali 7 Daerah di dalam Negeri Terengganu 


Siri 3 mengenai Negeriku Yang Cantik telah menyentuh tentang bendera dan jata negeri Terengganu Darul Iman. Siri 4 pula akan memaparkan mengenai daerah-daerah yang terdapat di dalam Negeri Terengganu. Terdapat 7 daerah kesemuanya dan pada kali ini penulis akan menyentuh 1 daripada 7 daerah yang ada. 

Daerah yang dipilih adalah Daerah Kuala Terengganu yang menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Terengganu. Keluasan daerah ini lebih kurang 60.528.1 hektar persegi dan merupakan bandar di-Raja bagi negeri Terengganu Darul Iman.


Secara geografinya, bandar Kuala Terengganu adalah merupakan bandar yang terletak di pesisir pantai Laut Cina Selatan. Lokasi bandar ini amat strategic kerana terletak di muara sungai Terengganu yang suatu masa dulu merupakan jalan pengangkutan utama bagi aktiviti perdagangan. 


Sebahagian besar penduduk di sini menjalankan aktiviti tradisional seperti menangkap ikan dan bercucuk tanam. (credit for telukpalu.com)

 Terdapat juga sebahagian penduduk yang mahir di dalam aktiviti yang berkaitan dengan kelautan seperti pembinaan bot atau kapal. Tidak hairanlah jikalau KualaTerengganu muncul sebagai negeri di mana pembuatan bot dan kapal secara tradisional dijalankan hingga ke hari ini.
(credit for jidin's FotoPage)



Kuala Terengganu dari sudut sejarah telah dikenali semenjak berkurun lamanya. Catatan sejarah China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, mencatatkan perkataan ’Teng-ya-nu’ sementara buku Cu-fan-Cih ’ yang dikarang oleh Cao-Ju-Kua tahun 1226 menulis perkataan ’Teng-ya-nung’. Seorang ahli kaji bintang Greek yang bernama Ptolemy telah mencatatkan terdapat dua buah pelabuhan penting di Pantai Timur Semenanjong Tanah Melayu. Kedua-dua pelabuhan yang dimaksudkan merujuk kepada Primula dan Kole . Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman.


Terdapat banyak pulau-pulau kecil di sekitar Kuala Terengganu seperti Pulau Duyung yang terletak di permukaan muara serta beberapa pulau lain termasuk Pulau Wan Man, Pulau Sekati dan Pulau duyung Kecil sekaligus menonjolkan Kuala Terengganu sebagai negeri Warisan
Dengan kedudukan ini Kuala Terengganu telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air pada tarih 1 Januari 2008. 
TUNGGU SAMBUNGANNYA......!


0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP