Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Friday, August 13, 2010

Pameran Kraf Tradisional di Noor Arfa Craft Complex

Keunikan 49 – Kenali Seni Ukiran Kristal di Kompleks Noor Arfa (sambungan)
Entri kali ini adalah sambungan daripada entri ke-48.
Noor Arfa Craft Complex
 Jom ke ruang pameran Noor Arfa yang terletak di paras bawah Kompleks Noor Arfa Kraf di Cendering Kuala Terengganu.
Anak panah ke atas untuk ruang jualan, anak panah ke bawah untuk ruang pameran
Selain seni ukir Kristal, terdapat beberapa pameran kraf tradisional tempatan.  Di antara yang paling menonjol  ialah batik Terengganu.  Pengunjung dapat melihat bagaimanakah pemprosesan batik dilakukan.  Contoh yang penulis paparkan di sini adalah proses membuat baju batik kaftan. 
Blok untuk mengecop batik
Lilin yang dipanaskan
Anda juga boleh menikmati dan merasai sendiri pengalaman mengecat atau mewarna sendiri kerana terdapat satu ruang yang menyediakan bahan batik untuk diwarnakan mengikut warna pilihan.  Mari kita lihat foto ini.
Pilih satu dan warnakan dengan warna pilihan
Selain daripada itu terdapat juga pameran songket.  Songket Terengganu amat terkenal kerana kualiti pembuatannya yang halus dan teliti.  Pengunjung juga boleh melihat beberapa peralatan tenunan songket yang dipamerkan.
Peralatan Tenunan Songket
Terdapat juga pameran anyaman mengkuang dan beberapa wau atau layuang-layang yang dipamerkan.  
Pengunjung juga boleh melihat sebuah beca tradisional Terengganu yang diletakkan di suatu sudut.  
Selepas puas di ruang pameran pengunjung boleh membeli belah di bahagian tingkat 1 di kompleks ini.  Bagaimanapun penulis dilarang mengambil gambar di bahagian ini.  Namun begitu penulis boleh ceritakan serba sedikit mengenai ruang ini.  Terdapat beberapa ruang untuk koleksi batik dan songket dalam pelbagai jenis.  Terdapat ruangan eksklusif di suatu sudut.  Datanglah menyaksikan sendiri dan penulis yakin anda tidak akan kecewa.
Sila klik di sini untuk mendapatkan info mengenai Noor arfa.

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP