Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Saturday, July 31, 2010

Merang Yang Tetap Girang

Keunikan 39 – Kenali Pantai Merang

Pantai yang memutih saujana mata memandang disulami pepohon cemara dan kelapa di sepanjang pantai mewujudkan suasana tradisional kepada Pantai Peranginan Merang.


Terletak di dalam daerah Besut dan mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu atau 35 minit dari Bandar Kuala Terengganu.


Walaupun namanya ‘Merang’ sering membuatkan ramai pengunjung dari luar Terengganu terkeliru dengan nama ‘Marang’, hakikatnya Merang terus kekal dalam cara dan gayanya yang tersendiri. 


Pengunjung yang baru pertama kali berkenalan dengannya, pasti akan terus jatuh hati dengan keindahan lagun yang terhasil daripada pembinaan benteng pemecah ombak. Lagun ini juga menjadi syurga kepada pemancing terutama ketika air laut surut dan ikan terkepung di dalamnya.


Walaupun banyak perubahan telah berlaku di Merang dalam tempoh 20 atau 30 tahun yang lepas namun Merang masih lagi cantik seperti dulu. 


Perubahan itu telah menambahbaik sistem jalanraya yang sedia ada, kemudahan jeti , pondok istirehat, pembinaan resort serta beberapa kemudahan lain seperti tapak perkhemahan. 

Sekiranya anda telah berada di Merang jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Balai cerap Universiti Sultan Zainal Abidin yang terletak di puncak bukit. Tempat ini merupakan salah sebuah tempat untuk melihat anak bulan dalam kalendar Islam dan anda boleh menyaksikan panorama yang indah dari puncak bukit ini. 


SELAMAT DATANG KE PANTAI MERANG YANG SENTIASA GIRANG
JETI MERANG JUGA MERUPAKAN TEMPAT BERLEPAS
 KE PULAU REDANG, PULAU LANG TENGAH DAN PULAU BIDONG
Untuk datang ke sini anda boleh berkereta atau menaiki bas/teksi. Usah risau tentang ‘parking’ kerana terdapat tempat ‘parking’ yang selamat dengan kadar RM4 – RM7 sehari. Di kawasan perkhemahan pula terdapat kawasan yang luas untuk meletak kenderaan dan berpagar.

Penginapan
Sutra Beach Resort
Merang Suria Resort
• The Aryani Resort
Kembara Inn – Merang
Penarik Inn

Makan/Minum
• Terapung Restaurant
• Merang Restaurant (Sutra Beach Resort)
• Mamat Latif Coffee Shop
• Ayu Restaurant

Read More

Friday, July 30, 2010

Panorama Indah Di Balik Bukit KT

Keunikan 38 – Kenali Balik Bukit Waterfront
Balik Bukit Waterfront atau Taman Rekreasi Balik Bukit terletak di Jalan Hiliran Kuala Terengganu.  Hotel Felda Residence Kuala Terengganu terletak bersebelahan dengan taman ini dan dihujungnya menghala ke pusat bandar tersergam indah Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu.  
Kedudukannya yang strategik menjadikan Balik Bukit Waterfront ini di antara lokasi sesuai untuk istirehat dan bersantai.  Nilainya bertambah dengan taman dan pelbagai kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, gerai makanan, pondok rehat dan kawasan lapang untuk berjoging atau bersenam. 
Dari taman ini pengunjung boleh menyaksikan panorama indah Jambatan Sultan Mahmud, Pulau Duyong, Seberang Takir dan muara Sungai Terengganu.
Pembinaan menara Jam Besar di taman ini menggamit memori dan kerinduan kepada Menara Jam Besar Kedai Payang yang telah dirobohkan.  Walaupun senibinanya tidak sama seperti yang lama namun menara jam di taman ini amat cantik dan senibinanya diberi sentuhan yang lebih moden.
Anda boleh menyaksikan sendiri keindahan Balik Bukit Waterfront ini dengan  berkunjung ke Kuala Terengganu.  Bila lagi nak cuti-cuti ke terengganu?
Lokasi
Balik Bukit, Jalan Hiliran lebih kurang 1 km daripada pusat pentadbiran Kuala Terengganu iaitu Wisma Darul Iman.
Penginapan
Terdapat banyak tempat untuk menginap disekitar taman ini seperti Hotel Felda Residence Kuala Terengganu, Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu, Hotel Kenangan, Motel Desa, Hotel YT Midtown dan sebagainya.
Pengangkutan
Oleh kerana taman ini terletak dalam bandar Kuala Terengganu, jadi tidak susah untuk datang ke sini. Teksi, bas dan beca mudah didapati disekitar Kuala Terengganu atau anda boleh berkereta sendiri.



Read More

Wednesday, July 28, 2010

Nostalgia SS78

Keunikan 37 – Kenali SS78
Tanggal 24 Julai bersamaan 12 Syaaban merupakan detik bersejarah bagi warga SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu kerana pada tarikh tersebut mereka menerima kunjungan istimewa DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan DYMM Yang di-Pertuan Agong ke-13 Malaysia. Terima kasih Tuanku! 
Pada pagi yang penuh bermakna itu satu majlis Family Day SS78 diadakan dengan meriahnya di Dataran Perdana SMKSS. Bagi warga SMK Sultan Sulaiman, inilah harinya mereka dapat menatap wajah Tuanku dari dekat. 


Bukan setakat itu sahaja malah mereka juga merasa bangga dan berbesar hati kerana ternyata SS masih kukuh terpahat di hati Tuanku dan bekas-bekas pelajar SMKSS yang suatu masa dahulu mewarnai tanah bertuah dan bersejarah ini.


Teima kasih…thank you kepada semua samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Di sini penulis ingin berkongsi foto-foto istimewa yang sempat diambil pada majlis tersebut. Daulat Tuanku kerana sudi mencemar duli ke SS! 
Pengunjung boleh mengenali sekolah yang bersejarah ini dengan melayari portal SMKSS di SINI.

Read More

Tuesday, July 27, 2010

7 Tetingkat Air

Keunikan 36 – Kenali Hutan Lipur Lata Tembakah






Anda seorang pencinta kehijauan alam? Jika ya, inilah tempatnya di mana anda boleh melihat simfoni alam yang harmoni dengan  warna hijau sebagai latarnya. 

Tumbuh-tumbuhan semulajadi, air sungai yang bersih, keunikan air terjun dan batu-batan yang menggoda serta kolam-kolam semulajadi yang indah dan mempesonakan sesuai untuk berkelah bersama keluarga, kawan dan sesiapa sahaja.  Ayuh! Tunggu apa lagi?

Kepada yang menggemari aktiviti perkhemahan, inilah tempatnya yang sesuai kerana bukan sahaja mempunyai lanskap hutan yang memukau tetapi juga berbagai kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Terengganu seperti lorong pejalan kaki, pondok rehat, surau, taman permainan kanak-kanak, tempat letak kenderaan, chalet  serta tapak perkhemahan yang lengkap dengan kemudahan asas.

 Bagi anda yang suka bergayut bolehlah menaiki jambatan gantung sepanjang 30 meter untuk menyeberangi sungai Tenang.  Pemandangan dari atas jambatan ini sangat indah dan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Pada musim cuti persekolahan , Lata Tembakah menjadi tumpuan dengan kem-kem kesedaran bina insan, jati diri, pengakap, kadet polis dan sebagainya. 

Panorama air terjun tujuh tingkat sungguh menakjubkan apatah lagi pengunjung boleh mendengar  bunyi limpahan air terjun disulami dengan bunyi unggas dan mergastua membuatkan sesiapa sahaja yang mengunjungi Hutan Lipur ini tenggelam di dalam alam.  

Bagaimana nak ke sini?
Menaiki kenderaan sendiri atau awam dan teus ke Jertih.  Hutan Lipur ini sebenarnya terletak di dalam daerah Besut.  Jaraknya dari Kuala Terengganu lebih kurang 130 km atau 25 km dari Jertih.
Anda boleh menginap di mana?

1.
Demong Beach Resort

2.
D’ Pinggiran Gunung Tebu Resort

3.
Primula Coral View

4.
Bukit Keluang Beach Resort

5.
D’ Rizan Resort
Anda  boleh makan/minum di
1.
Gemilang Restauran
2.
Mastura Jambi Satay
3.
Sakura restaurant
4.
Medic Inn Restaurant
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE HUTAN LIPUR LATA TEMBAKAH
Read More

Sunday, July 25, 2010

Deretan Pokok Bonsai Yang Cantik


Keunikan 35 – Kenali Persekitaran Kuala Terengganu

Sewaktu penulis dalam perjalanan dari Kuala Ibai ke Kuala Terengganu, penulis terpegun melihat pokok-pokok hiasan ala bonsai yang menghias pembahagi jalan  berderetan di tanam di sepanjang perjalanan itu.  Cantiknya! 


 Penulis berpendapat tidak ramai yang menyedari keindahan dan kecantikannya walaupun hari-hari melalui kawasan itu.  Dengan tujuan untuk berkongsi sekaligus menonjolkan kecantikan pokok hiasan ini penulis pun merakamkan foto pokok-pokok ini.

Pokok-pokok yang dijaga dan diselengara dengan baik ini diselang-seli dengan pokok-pokok berbunga untuk menambahkan serinya.  
 Penulis juga mendapati hiasan pokok-pokok taman yang menarik boleh di lihat di persimpangan lampu-lampu isyarat tertentu di sekitar Kuala Terengganu.
Taman ini juga sentiasa ditukar ganti jenis pokok-pokoknya menjadikan kita rasa teruja untuk mengetahuinya.
Pengunjung yang datang ke Kuala Terengganu tentu akan dapat melihat konsep taman hiasan ini serta deretan pokok ala bonsai  setia menyambut kedatangan  mereka.

SELAMAT BERKUNJUNG KE TERENGGANU 2010

Read More

Friday, July 23, 2010

Lagun Yang menawan

Keunikan 34 – Kenali Lagun Kuala Ibai
  Lagun Kuala Ibai merupakan satu destinasi istirehat yang patut dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang inginkan ketenangan sambil bermain air dengan rasa selamat dan selesa. Lagun yang terletak cuma 5 km dari pusat bandar Kuala Terengganu ini mempunyai lanskap semula jadi yang mempesonakan. 

Di sekitar kawasan lagun ini juga terdapat taman permainan kanak-kanak bagi keluarga yang membawa anak-anak kecil untuk beristirehat bersama. Tidak jauh dari kawasan lagun ini kelihatan Masjid Tengku Tengah Zaharah yang lebih dikenali dengan Masjid Terapung. 
 Di lagun inilah terletaknya TER (Terengganu Equestrian Resort) yang sering dkunjungi oleh pelancong dalam dan luar negeri kerana lokasinya yang strategik.
Selain daripada TER, pusat kraftangan seperti Noor Arfa Batek Perbadanan Kraftangan Cawangan Terengganu dan Permint Suterasemai juga terletak berhampiran dengan kawasan lagun ini. 

Anda juga boleh menikmati nasi dagang Chendering yang istimewa dan pernah menjadi bualan akhbar satu ketika dulu. Sekiranya anda ingin merasai nasi dagang tersebut, anda kenalah datang ke Kuala Terengganu dan jangan lupa anda boleh membungkus nasi dagang tersebut dan menikmatinya sambil bersantai di lagun Kuala Ibai.


LUANGKANLAH MASA ANDA UNTUK BERKUNJUNG KE LAGUN KUALA IBAI DAN RASAI SENDIRI KEISTIMEWAANNYA

Lokasi
Terletak 5 km dari bandar Kuala Terengganu.

Nak datang ke sini dengan apa?
Bas atau kereta – berhenti di simpang lampu isyarat Kuala Ibai (Jika dari Kuala Terengganu, belok ke kiri dan jika datang dari arah Marang/Kuantan belok ke kanan)

Nak menginap di mana?
Terdapat banyak tempat menginap dan yang paling dekat ialah TER. Terdapat juga Homestay Kuala Ibai (3 minit perjalanan dari lagun), Penginapan Teratak Muslim
Cuti-cuti di Lagun Kuala Ibai 2010
Read More

Thursday, July 22, 2010

Keindahan Yang Tak Terungkap


Keunikan 33 – Kenali Pantai Pandak
Pantai yang terletak lebih kurang 6 km dari Kuala Terengganu ini adalah di antara pantai yang cantik.  Pinggir pantainya yang berbukit dan berbatuan dengan deruan ombak Laut China Selatan menghasilkan panorama yang indah terutama pada waktu senja.  
 Tiga batang pohon nyiur (kelapa) yang menjadi ikon bagi pantai ini masih tetap setia menanti kunjungan pengunjung.  Pantainya menjadi sepi kerana tidak banyak khazanah alamnya diketahui umum.  Sewaktu kunjungan penulis ke pantai ini, sunyinya hingga tak terungkap kerana tiada pengunjung yang datang untuk bersantai di pantainya.  Sayangnya kerana keindahan semula jadinya yang boleh menguja hati berlalu begitu sahaja.  
 Penulis mendengar ada cerita tentang pantai ini yang pernah meragut nyawa tetapi kenapa dipersalahkan kepada pantai?  Apalah dosa pantai berbanding manusia yang boleh berfikir dan bertindak untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.   Kejadian lemas boleh berlaku di mana-mana sahaja jika pengunjung tidak mematuhi peraturan dan tidak berhati-hati.
 Di kawasan Pantai Pandak ini telah terpampang tanda amaran tidak boleh mandi-manda.  Jadi patuhlah kepada peringatan ini dan jangan dipersalahkan kepada pantai yang tidak boleh memberitahu manusia apa-apa pun. 
Penulis berpendapat Pantai Pandak ini jika diberi nafas baru tentu akan menjadi tarikan dan kegilaan orang ramai seperti pada tahun-tahun 1970an dahulu.  Lihatlah foto-foto yang sempat penulis rakamkan ini, betapa cantik, indah dan uniknya pantai ini.  Jangan lepaskan peluang untuk ke sini dan nikmatilah sendiri keindahannya. 

Lokasi
Jika anda datang dari arah bandar Kuala Terengganu anda perlu melalui Jambatan Kuala Ibai sebelum bertemu dengan simpang untuk ke DPPSPM, Jabatan Perikanan Malaysia (Terenggganu).  
 Sebelum melepasi DPPSM anda perlu membelok ke kiri dan teruskan sehingga tiba ke kawasan Bukit Chendering.  Apabila melepasi bukit ini anda akan dapat melihat Pantai Pandak yang indah. 
 Jangan khuatir ada banyak papan tanda di sepanjang jalan.
Bagi anda yang datang dari arah Marang, perjalanannya sungguh mudah.  Anda hanya perlu meneruskan perjalanan sebelum tiba di simpang yang sama tetapi anda perlu membelok ke kanan.  Ulangi perkara yang sama seperti di atas dan anda akan mendapati diri anda sudahpun berada di Pantai Pandak.
Penginapan
Terdapat banyak penginapan di sekitar Chendering dan Kuala Terengganu seperti
1.            Primula Beach Resort
                2.            Permai Inn Kuala Terengganu
                3.            Hotel Grand Continental
                4.            Kuala Ibai Golf and Country Club Resort
                5.            Terengganu Heritage Bay Resort
Di mana anda nak makan?
Terdapat banyak kedai makan di sekitar Chendering atau Kuala Ibai ini di antaranya
                1.            Izam Seafood Restaurant
                2.            Faridah Awang Coffee Shop
                3.            Gerai keropok lekor pun banyak di sepanjang jalan dari Batu Burok ke Chendering.
Kenapa tunggu lagi?  Acu try percutian ke Pantai Pandak tapi INGAT jangan mandi tau!!!!!
Read More

Wednesday, July 21, 2010

Kedinginan Airnya Menggetar Kalbu

Keunikan 32 – Kenali Sekayu Yang Indah

Kedudukannya yang dipayungi oleh flora dan fauna menjadikan Hutan Lipur Sekayu di antara destinasi pelancongan yang unggul di Terengganu. Lokasinya yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu menjanjikan kelestarian alamnya yang asli. Di sinilah tempatnya di mana kita boleh merasai kedinginan air sungai yang menusuk kalbu sekaligus menyejukkan hati yang gundah kerana kesibukan kota.

Terdapat dua bahagian utama destinasi pelancongan di hutan Lipur Sekayu ini iaitu Air Terjun Sekayu dan Taman Pertanian Sekayu. Pada kali ini penulis akan fokuskan kepada Air Terjun Sekayu sahaja sementara Taman Pertanian dalam artikel yang lain.

Air Terjun Sekayu terletak lebih kurang 16 km dari pekan Kuala Berang atau 22 km dari pekan Ajil. Jaraknya dari bandar Kuala Terenggamu ialah kira-kira 56 km dan anda boleh berkereta atau dengan bas yang disewa khas.

Kuala Berang merupakan pusat pentadbiran daerah Hulu Terengganu. Perjalanan dengan kereta dari pekan itu ke Air Terjun Sekayu mengambil masa kira-kira setengah jam. Sebelum tiba ke lokasi air terjun, anda akan menempuh beberapa buah perkampungan Melayu tradisional seperti Kampong Padang Setar, Kampong Sekayu dan Kampong Bukit Gemuroh.

Anda tidak perlu bimbang akan tersesat kerana terdapat banyak papan tanda yang disediakan di sepanjang jalan bermula dari lebuhraya atau jalan utama iaitu Jalan Kuala Berang.

Anda boleh memilih untuk terus ke kawasan tapak air terjun utama atau ke bahagian lebih tinggi sedikit atau lebih ke atas berhampiran Taman Pertanian Negeri Sekayu. Penulis memilih bahagian berhampiran Taman Pertanian kerana lebih nyaman dan tenang serta aliran airnya lebih perlahan. Di kawasan ini terdapat sebuah Tapak Perkhemahan atau Kem dilengkapi dengan kemudahan tandas, surau dan tempat barbeku serta terdapat rumah penginapan iaitu Tropical Resort @ Sekayu.




Sementara itu,di kawasan air terjun utama pula terdapat lebih banyak kemudahan seperti calet, surau, tandas, pondok rehat dan beberapa kemudahan lain. Calet pula diberi nama-nama menarik seperti Manau, Semambu dan Sega. Kadar sewanya berpatutan bagi pengunjung yang ingin bermalam.

KUNJUNGILAH AIR TERJUN SEKAYU DAN RASAILAH KEDINGINAN AIRNYA YANG MENDAMAIKAN!
Read More
TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP