Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Thursday, July 1, 2010

SMAASZA dalam lipatan sejarah Terengganu


Keunikan 16 – Kenali SMAASZA 
Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin merupakan nama yang cukup bermakna kepada pencinta sejarah negeri Terengganu terutamanya dalam bidang pendidikan.  Sekolah yang terletak dipinggir Laut China Selatan ini atau  lebih dikenali dengan nama ringkasnya SMAASZA adalah institusi pendidikan aliran Bahasa Arab terawal di Terengganu. Sejarah penubuhannya yang amat mencabar kerana pada ketika yang sama penjajah Inggeris mula meletakkan kuasa dan pengaruhnya di Terengganu dengan menubuhkan sebuah sekolah Inggeris di Kuala Terengganu pada tahun 1923.  Ekoran daripada itu lahirlah sebuah madrasah (Bahasa Arab) secara menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke SK Bukit Jambul pada 1928 hingga 1932. 
Dengan derma dan sumbangan daripada orang ramai, pada 13 November 1932 bersamaan 15 Rejab 1351 Hijrah, perletakan batu asas pembinaan Madrasah Zainal Abidin Al-Arabiyyah oleh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dilangsungkan.
Madrasah ini kemudiannya dipecahkan kepada dua bahagian di mana pelajaran peringkat rendah di Ladang dan peringkat menengah di Batu Burok Kuala Terengganu (SMAASZA).
Sekolah ini kemudiannya telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu sehinggalah pada penghujung tahun 2007 ia diserahkan kepada Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia (BPI).
SMAASZA kini telah berkembang menjadi sebuah sekolah berpendidikan agama yang terulung di Terengganu kerana bukan sahaja menawarkan pendidikan dalam aliran agama dan
Bahasa Arab bahkan dalam aliran sains dan kini dilengkapkan lagi dengan Tingkatan 6 (STPM) serta STAM.  Disinilah tempat lahirnya para pemimpin dan tokoh-tokoh penting seperti Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Amar Diaja Tan Seri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato’ Dr. Yusoff bin Haji Mohd Noor dan ramai lagi.
Saksikan slide show di bawah dan kenalilah SMAASZA!!!

 

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP