Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Thursday, September 30, 2010

Hulu Terengganu Terus Membangun

Keunikan 78 – Kenali Daerah Hulu Terengganu


Keluasannya adalah 264,025.60 hektar ataupun 68.14% daripada jumlah keluasan negeri Terengganu.  Ini menjadikan Daerah Hulu Terengganu daerah yang terbesar daripada 7 daerah. 

Lokasinya jauh ke pedalaman negeri Terengganu dan bersempadanan dengan Daerah Besut dan Setiu di Utara. Di bahagian timurnya bersempadanan pula dengan Daerah Kuala Terengganu dan Marang manakala bahagian Selatan berjiran dengan Daerah Dungun dan Jerantut (Pahang).  Di sebelah baratnya terletak jajahan Hulu Kelantan.

Menurut sejarah, Daerah Hulu Terengganu sudah terkenal sejak abad ke-13 lagi.  Pada waktu itu, ia lebih dirujuk sebagai Kuala Berang atau Fo-lo-an yang terkenal kerana menjadi tempat tumpuan atau berkumpulnya para pedagang pelbagai bangsa dari Timur dan Barat.


Penemuan Batu Bersurat bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masehi menguatkan bukti yang Kuala Berang atau Hulu Terengganu sekarang ini, adalah sebuah pusat perdagangan penting di mana agama Islam telah bertapak lebih awal.
Hulu Terengganu merangkumi 9 mukim iaitu Hulu Berang, Hulu Telemong, Hulu Terengganu, Jenagor, Kuala Berang, Kuala Telemong, Penghulu Diman, Tanggol dan Tersat.

Sebahahagian daripada kawasan Hulu Terengganu adalah Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir seluas 209,199 hektar yang dikelolakan oleh KETENGAH.
Daerah ini mempunyai kawasan hutan hujan tropika tertua iaitu  Taman Negara Malaysia dan tidak hairanlah jika Hulu Terengganu memiliki kawasan alam semulajadi yang memayungi bumi Terengganu.  
Bandar utama adalah Kuala Berang dan Ajil yang menjadi tumpuan petempatan penduduk.  Kuala Berang menjadi pusat pentadbiran daerah manakala Ajil adalah kawasan industri utama dan juga perumahan.
Di antara kawasan menarik di dalam daerah ini adalah seperti Tasik Kenyir, Belukar Bukit, Hutan Lipur Sekayu danTaman Pertanian Negeri Sekayu.

Kemudahan Pengangkutan
Bas ekspres dari Tasik Kenyir ke Kuala Lumpur – Terminal bas terletak di pusat bandar Kuala Berang.
Perkhidmatan bas lompat, teksi dan van penumpang
Kemudahan Penginapan
Tasik Kenyir Golf Resort
Kenyir Sanctuary Resort
JALAN-JALAN KE HULU TERENGGANU
SINGGAH DI TASIK KENYIR, SEKAYU, BELUKAR BUKIT....

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP