Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Saturday, September 25, 2010

Planetarium Terengganu

Keunikan 74 – Kenali Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu atau lebih dikenali dengan Planetarium telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac 2005. Sehinga hari ini pusat ini telah menerima kunjungan dari berbagai lapisan masyarakat terutama pelajar sekolah.
Model Bangunan Utama
Kunjungan penulis pada 23 September mendapati pada hari tersebut, sehingga jam 1 petang 4 buah sekolah telah singgah di Planetarium (maklumat ini diperoleh daripada petugas pada hari tersebut). Bagaimanapun penulis tidak berkesempatan untuk mengambil fotonya kerana sewaktu tiba di situ, pelajar-pelajar yang berkunjung baru sahaja berlepas pergi.
Kaunter Tiket
Pameran Bersebelahan Pintu Masuk
Sebelum Memasuki Ruang Pameran
Pintu Utama ke Ruang Pameran
Ruang Pameran Dari Arah Pintu Masuk
Pusat Sains Terengganu ini mempunyai tiga fungsi iaitu menyediakan Galeri Sains, tayangan filem fiksyen astronomi di Planetarium dan terlibat secara langsung sebagai penggerak utama bagi Program Penggalakan Sains dan Teknologi Terengganu (PPST) pada setiap tahun.
Terdapat berbagai sudut maklumat yang dibina di dalam Pusat Sains ini. Sudut-sudut tersebut ialah Sudut Saintis Terkemuka, Sudut Islam dan Sains, Sudut Biologi, Sudut Kimia, Sudut Fizik, Sudut Matematik, Sudut Teknologi Maklumat, Sudut Sains dan Aplikasinya dan Sudut Kanak-kanak.
Sudut Saintis Terkemuka mempamerkan beberapa poster saintis terdahulu yang terkenal dengan ciptaaan mereka seperti Michael Faraday, Thomas Edison, guglielmo Marconi dan sebagainya.
Sudut Islam dan Sains mempamerkan tiga kiosk iaitu Kuiz Islam, Kenali Saintis Islam dan Islam dan Sains. Ketiga-tiga kiosk ini memberikan pengetahuan kepada pengunjung tentang hubungan antara Islam dan sains.
Sudut Biologi, Sudut Fizik dan Sudut Kimia membawa pengunjung menyelami dan mendalami alam sains dengan pameran informasi asas yang penting dalam setiap bidang.
Sudut Matematik mendedahkan beberapa isu matematik dan aplikasinya yang mendorong kreativiti pelajar agar lebih berminat di dalam matematik.
Untuk Sudut Teknologi Maklumat, disediakan dua kiosk ‘touch screen’ dengan tujuan untuk memperkenalkan dunia IT kepada pengunjung terutama pelajar sekolah.
Selain daripada sudut-sudut di atas, terdapat juga Sudut Sains dan Aplikasinya yang mempamerkan beberapa permainan berkaitan dengan sains yang tentunya boleh menarik perhatian kanak-kanak untuk mencubanya sekaligus boleh mengasah bakat dan kreativiti mereka.
Pengunjung yang membawa anak-anak kecil pula boleh memilih Sudut Kanak-kanak yang dipenuhi dengan beberapa permainan menarik.
Tayangan filem fiksyen astronomi pula dibuat di Planetarium yang mempunyai dewan tayangan yang boleh menempatkan 60 orang bagi setiap sesi tayangan. Planetarium beroperasi 6 hari seminggu dan ditutup pada hari Jumaat sementara hari Sabtu dan cuti am/cuti umum dibuka. Klik untuk melihat info-info lain seperti jadual dan harga tiket.
PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU
Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, 21100 Terengganu,
Terengganu, Malaysia

Tel: 609-626 2812,  Fax: 609-626 4002
SELAMAT BERCUTI KE TERENGGANU
SINGGAHLAH DI PLANETARIUM

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP