Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Wednesday, September 8, 2010

Negeriku Yang Cantik (siri 8)- Setiu Yang Unik

Keunikan 65 – Kenali Daerah Setiu
 Setiu adalah daerah yang paling muda di antara 7 daerah di Terengganu.  Daerah ini amat unik kerana sempadan daerah negeri Terengganu yang berubah beberapa kali sejak lebih 50 tahun yang lalu menyebabkan nama Setiu beberapa kali terpadam daripada senarai daerah-daerah di Terengganu. Sila klik di sini untuk mendapatkan info perubahan ini. 
Bendera Daerah
Setelah berubah beberapa kali, akhirnya pada 1 Januari 1985 Daerah Setiu ditubuhkan dengan sebahagian daripada mukim-mukim di dalam Daerah Kuala Terengganu dan Besut telah dimasukkan ke dalam Daerah Setiu.  Bilangan daerah di negeri Terengganu menjadi 7 daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Besut, Hulu Terengganu dan Setiu. 
7 Mukim
Terdapat 7 mukim di dalam Daerah Setiu yang ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah.  Keluasan daerah ini ialah 130, 477.36 hektar dengan jumlah penduduk seramari 54, 333 pada tahun 2002.  Mukim-mukim tersebut  adalah Chalok, Tasik, Hulu Setiu, Guntung, Pantai, Merang dan Hulu Nerus.
Nama Setiu diambil daripada nama seorang pahlawan silam dari Bugis yang telah melarikan diri ketika peperangan di antara Bugis dengan Belanda.  Oleh kerana tidak inginkan petuanan Belanda, ramai orang Bugis melarikan diri dan sebahagiannya menetap di Tanah Melayu.
Kedudukan Setiu

Tok Setiu adalah salah seorang daripadanya dan beliau telah tiba di Terengganu.  Beliau kemudiannya telah memohon keizinan Sultan Terengganu ketika itu, iaitu Sultan Ahmad Shah II untuk menetap di situ.  Setelah mendapat keizinan daripada sultan, beliau telah membuka sebuah kawasan sebagai tempat kediaman dan penempatan beliau bersama pengikutnya. 
 
Oleh kerana beliau handal bersilat, ramai yang telah berguru dengan beliau.  Disamping itu, Tok Setiu juga telah memperkenalkan terusan air bagi kemudahan pengairan.  Jasa yang dicurahkan ini telah mendapat penghargaan oleh penduduk setempat dengan menamakan kawasan tersebut Setiu.  Nama ini kekal sehinggalah ke hari ini.  Klik di sini untuk mendapatkan info tentang sejarah Setiu.
Antara tempat menarik di Setiu
Ingin ke Bandar Permaisuri, Setiu?
Jangka masa dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu melalui udara adalah lebih kurang 45 minit.
Jika dengan jalan raya lebih kurang 7 jam.
Dari Kuala Terengganu ke Bandar Permaisuri lebih kurang 1 jam 15 minit
Jika melalui Kota Bharu, pengangkutan udara dari Kuala Lumpur memakan masa selama 45 minit
Sementara dengan jalanraya pula lebih kurang 2 jam 15 minit.
Tunggu apa lagi…silalah datang ke Setiu…..yang sentiasa menanti kunjungan tetamu..andalah tu!

Jangan khuatir tentang penginapan…ada banyak di Setiu ini!  Di antaranya:
Kampung Rhu Tapai, Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel : 09-6696200 , 09-6531111
Faks: 09-6696410 , 09-6531226

Pantai Peranginan Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel : 09-6664466

Pulau Lang Tengah, Merang, Terengganu.

Pulau Lang Tengah, Merang, Terengganu.

Pulau Lang Tengah, Merang, Terengganu.

Pulau Lang Tengah, Merang , Terengganu

Lot 6494 Kampung Rhu 10, 22120 Setiu, Terengganu
Tel : 09-6927921 Faks:09-6927921
Emel : pnksetiu@yahoo.com
.........lepah rayo dey....silolah date!!

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP