Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Sunday, August 22, 2010

Negeriku Yang Cantik (5)

Keunikan 54 – Kenali Lagu Kebesaran Negeri Terengganu
Lagu Selamat Sultan merupakan Lagu Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman. Lagu ini telah digubah pada tahun 1927 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu yang ke-13. Insan bertuah yang telah diberikan tanggungjawab untuk menggubah lagu ini adalah seorang guru yang ketika itu bertugas di Sekolah Paya Bunga, Kuala Terengganu. Guru yang dimaksudkan ialah Encik Mohd Hashim bin Abu Bakar, peranakan Singapura.
Senikata asal lagu Terengganu Darul Iman adalah seperti berikut:
Allah peliharakan Raja kami
Sultan Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera dua laki isteri
Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Memerintah Terengganu Negeri
Susunan senikata asal telah disusun dan digubah semula oleh Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu selepas pemerintahan Jepun dan kekal sehingga 9 Mac 1990. Senikata lagu yang telah digubah semula seperti berikut:
Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera suami isteri
Allah peliharakan Raja kami
Sentosa rakyat negeri
Senikata lagu ‘Selamat Sultan’ ini telah diubahsuai lagi pada tahun 1989. Allahyarham Dato’Setia Jasa (Dato’ Haji Mohd Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan supaya pengubahsuaian senikata lagu ini dilakukan.
Sebuah Jawatankuasa seramai lapan orang diketuai Y.B Setiausaha Kerajaan Terengganu ( Y.B Dato’ Setia Wangsa) telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengkaji semula senikata lagu ‘Selamat Sultan’ kerana didapati sebahagian daripada senikatanya kurang sesuai dengan keadaan sekarang dan tidak menepati bahasa istana. Hasilnya beberapa pindaan telah dibuat keatas lagu tersebut
.
Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengampuni perkenan dengan pindaan senikata lagu ‘Selamat Sultan’. Hasilnya terciptalah senikata yang sehingga ke hari ini digunapakai sebagai Lagu Kebesaran Negeri Terengganu. Senikatanya adalah seperti berikut:
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman 
Sekarang diperdengarkan lagu 'Selamat Sultan'


'WARISAN BUDAYA BANGSA UTUH TERPELIHARA'

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP