Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Sunday, August 1, 2010

Negeriku Yang Cantik (Siri 3)

Keunikan 40 – Kenali Bendera dan Lambang Negeri Terengganu


HITAM PUTIH adalah warna kemegahan rakyat Terengganu.  Warna Putih membawa  maksud D.Y.M.M Sultan sementara warna hitam yang menjadi tanah kepada bendera melengkapkan maksud bagi warna putih..  Warna hitam membawa erti bahawa Sultan akan memberikan perlindungan baginda kepada keseluruhan rakyat baginda yakni rakyat Terengganu.  
Anak bulan dan bintang pula adalah merupakan simbolik kepada agama Islam iaitu agama rasmi negeri Terengganu.
Negeri Terengganu mempunyai lambang atau Jata yang unik dan istimewa. Jata ini telah  diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa pembesar di negeri ini.

LAMBANG atau Jata ini telah dilukis oleh Encik Mohamad bin Abdul Rahim iaitu saudara kepada Dato' Nara Wangsa (Dato' Mata-mata) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Menteri bagi untuk kegunaan rasmi pada tahun 1932.
 Lambang ini telah menggabungkan Bulan, Bintang, Mahkota, Pedang, Keris Panjang,  Cokmar, Al-Quran, Buku Undang-undang, dan Wali/Selampai ke dalam satu garisan bentuk bulat bundar.
Setiap satunya  mempunyai makna yang tersendiri.  Bulan bintang merujuk kepada negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.  Al- Quran di bahgian kanan melambangkan Undang-undang sementara  Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.
Terdapat satu perkataan"Terengganu" yang ditulis dengan huruf Melayu Jawi yang bercerai-cerai di bahagian bawah bulatan. 

SELAMI DAN HAYATI MAKNA BENDERA DAN JATA KEBESARAN NEGERI TERENGGANU

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP