Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Sunday, September 19, 2010

Negeriku Yang Cantik (Siri 13) Marang

Keunikan 70 – Kenali Daerah Marang
Lima daripada tujuh daerah yang terdapat di dalam negeri Terengganu telah dipaparkan di dalam entri yang lepas.  Kali ini penulis akan memaparkan daerah Marang pula.  Daerah yang terletak di persisiran Laut China Selatan ini meliputi kawasan seluas 666.54 km persegi.  Terdapat enam buah mukim di dalam daerah ini iaitu Rusila, Pulau Kerengga, Merchang, Jerong, Bukit Payung dan Alor Limbat.
Bendera Daerah Marang
Di dalam ke enam-enam mukim inilah terletaknya 77 buah kampung yang kebanyakannya memiliki ciri-ciri Kampung Melayu Tradisional.
Bilangan penduduk di daerah Marang adalah seramai 94,603 orang di mana 97.2% tinggal di kawasan luar bandar dan yang selebihnya di kawasan bandar.
Logo Majlis Daerah Marang
Pusat pentadbiran  adalah di bandar Marang yang terletak di persisiran pantai Laut Cina Selatan.  Anda akan dapat melihat panorama pantai yang indah dengan latar belakang pulau pelancongan terkenal di negeri ini iaitu Pulau Kapas.
Menyingkap tabir sejarah asal usul nama Marang, pelbagai cerita dikaitkan dengannya.  Dipercayai nama Marang ini adalah berasal daripada nama seorang peniaga Cina yang masyhur suatu ketika dahulu.  Peniaga yang hanya dipanggil dengan panggilan ‘Ma’ sahaja ini menetap di kuala sungai.  Beliau mengusahakan hasil tangkapan laut yang dikeringkan seperti ikan dan sotong.  Proses pengeringan hasil laut ini dilakukan secara manual iaitu dengan mengeringkannya di atas para atau dipanggil ‘rang’oleh penduduk tempatan.  Oleh kerana banyaknya ‘rang’ yang digunakan lama-kelamaan perkataan ‘Ma’ dan ‘rang’ disebut secara serentak menjadi Marang.
Suasana Kampung
Selain daripada pantainya yang menarik, Marang juga memiliki anugerah semula jadi alam yang lain seperti Pulau kapas, Pulau Gemia dan Pulau Redang.   Pengunjung juga boeh menyaksikan keindahan panorama di Jeti Marang serta melawati kampung-kampung nelayan tradisional di sepanjang pantai. 
Sekiranya anda ingin merasai pengalaman menyusuri sungai dengan bot sambil menikmati sajian mata yang menakjubkan di sinilah tempatnya.  Anda boleh menaiki bot yang berlepas dari Jeti Marang, menyusuri Sungai Marang sambil menyaksikan pelbagai keindahan di sepanjang perjalanan. 

Penginapan di Marang
Semarak Aruni Inn Marang
Marang Waterfront Resort and Spa
Sumber Rujukan :

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP