Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2012 Events * Karnival 1Malaysia Tahun Baru China 2012 on 20-22 Jan at Kampung China, Kuala Terengganu * Le Tour De Langkawi 2012 on 24 Feb-4 Mar (Kemaman/Dungun/Marang/Hulu Terengganu/Kuala Terengganu * International Terengganu Starhill 4X4 Challenge 2012 on 9-12 Mar 2012 * Kenyir Lake International Triathlon 2012 on 24-25 Mar 2012 at Pengkalan Gawi, Kenyir Lake * Cabaran Rekacipta Islam & Perasmian Kincir Air Taman Tamadun Islam on 31 Mar 2012 at Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man * Petronas Cup Prix 2012 on 13-15 Apr 2012 * Mini Festival Kenyir/Kenyir Cup/Boat on The Road 2012 on 13-15 Apr 2012 at Kenyir Lake * Terengganu World Invitational Jetrace Challenge 2012 on 27-29 Apr at Pulau Warisan Kuala Terengganu * Kapas-Marang International Swimathon 2012 on 28-29 Apr 2012 at Pulau Kapas/Pantai Peranginan Kelulut, Marang * International Boat Parade Terengganu 2012 on 1 May 2012 at Pulau Warisan, Kuala Terengganu * Karnival Candat Sotong Harian Metro 2012 on 4-6 May 2012 at Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu * Karnival GP Joran 2012, 5-6 Mei 2012 di Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu * Tebu Mountain Challenge 2012 pada 18-19 Mei 2012 di hutan Lipur lata Belatan, Besut * Pesta Pantai 2012, 18-19 May 2012 at Pantai Batu Burok Kuala Terengganu * Terengganu International Islamic Art Festival 2012, 2-5 Jun 2012 at Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu * PGM Terengganu Masters Golf Invitational 2012, 23-28 Jun 2012 at Awana Kijal Golf, Beach Resort & Spa, Kemaman * Mount Berembun Green Challenge 2012, 30 Jun 2012 at Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Dungun * Pertandingan Pelita Raya 2012, 9-11 Ogos 2012, DUN Tepoh, Kuala Terengganu * World Bee Conference 2012 on 28 Sept-3 Okt 2012 di Kuala Terengganu * Sultan Mizan's Cup 2012 pada 19-21 Okt 2012 at TIEP Lembah Bidong, Setiu * International Perhentian Island & Merang Challenge 2012 on Oct 2012 at Merang Beach and Perhentian Island * Terengganu Eco & Marine Tourism Conference 2012 13-14 Nov 2012 at Kuala Terengganu * Terengganu Quiksilver Best Event Surfing Contest 2012 on 3o Nov-2 Dec 2012 at Batu Burok Beach kuala Terengganu * Monsoon Cup 2012 4-9 Dec 2012 at Pulau Duyong, Kuala Terengganu * Chemerong International Challenge 2012 on Dec 2012 at Hutan Lipur Air Terjun Chemerong Dungun, Terengganu * International Terengganu Bridge Run 2012 On Dec 2012 at Kuala Terengganu * * http://tourism.terengganu.gov.my/

Friday, July 2, 2010

Keropok Lekor BTB 2209

Keunikan 17 – Kenali Keropok Lekor BTB 2209


Keropok lekor dari gerai ini amat popular di sekitar Kuala Terengganu. Ia boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos istimewanya (air lada).
Kebanyakan keropok lekor tidak tahan lama dan jika disimpan di dalam peti simpanan beku, rasanya akan berubah menjadi kurang enak. Bagaimanapun keropok lekor dari Bukit Tok Beng ini boleh tahan lebih kurang 1 bulan kerana proses membuatnya yang bersih sementara teknologi moden digunakan sepenuhnya dalam menghasilkan keropok yang lebih tahan lama sementara rasa istimewa dan kelazatannya dikekalkan.

Kedai yang telah diusahakan sejak tahun 2005 ini telah berjaya membuktikan bahawa keropok lekor boleh mencuri hati bukan sahaja peminat tempatan bahkan luar negara. Mengikut pemiliknya, Haji Nazir, keropok dari kedainya telahpun berada di pasaran Kuala Lumpur dan telahpun dinikmati oleh pelancong dari luar negara seperti Arab Saudi (Mekah), Afrika, New Zealand, Jepun, Singapura dan Brunei.

Walaupun terpaksa beratur untuk mendapatkannya, tapi ia berbaloi kerana selepas anda menikmatinya anda akan rasa kepuasan sebenar keropok ikan dari kedai ini yang tiada tandingnya. (Penulis telah menemui rasa asli keropok lekor di kedai inilah!).
Keropok dari kedai ini boleh didapati dalam berbagai jenis, panas dan sejuk untuk dibawa pulang. Masa berniaganya adalah dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.
Kepada anda yang inginkan kepuasan menikmati rasa keropok Terengganu yang sebenar datanglah ke BTB 2209 ini!!!
Untuk ke BTB 2209
1. Jika anda dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu, selepas keluar dari medan letak kereta teruskan sahaja ke utara sehingga melalui SMK Ibrahim Fikri di sebelah kiri dan lebih kurang 50 meter dihadapan sebelah kanan, bertemulah anda dengan BTB2009.
2. Bagi anda yang datang dari Kuala Terengganu pula selepas melalui bekas hentian tol, terus sahaja berhenti di lampu isyarat yang pertama dan belok kanan, teruskan dan selepas satu selekoh anda akan terus tiba di BTB 2009 disebelah kiri jalan.
SIAPA TAHU? SATU HARI NANTI IA MENJADI SARAPAN DUNIA!
Galeri Keropok BTB 2209

1 comments:

Aiza Aiz said...

salam..
saya pembekal keropok lekor dan keropok keping dr terengganu..
klu ade yg berminat nak order blh bgtau.. sy buat melalui pos..
email sy aizaaiz56@gmail.com
sudi2 la lawat page sy n like sekali
FB Page Keropok ORI Terengganu
add saya kat fb Saya Zya..
tq

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP