Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Sunday, July 11, 2010

Muzium Terbesar di Asia Tenggara


Keunikan 25 - Kenali Muzium Negeri Terengganu
Ditubuhkan pada tahun 1976 Muzium Terengganu merupakan sebuah kompleks bangunan yang menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam.
Muzium yang terbesar di Asia Tenggara ini terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu.  Rekabentuk bangunannya yang cantik bercirikan konsep istana lama di Terengganu pasti menawan hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. 
Pengunjung boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket (RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak) sebelum memasuki muzium utama yang mempamerkan galeri tekstil, teknik anyaman, koleksi foto tentang sejarah Terengganu, pengangkutan silam, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam,  dan banyak lagi. 
Pengunjung juga boleh menyusuri jalan menyaksikan rumah tradisional sambil menikmati kehijauan flora yang menyegarkan dan mendamaikan. 
 Selepas puas menikmati seni binaan rumah tradisional, pengunjung boleh menyejukkan pandangan dengan menyaksikan panorama indah sungai Terengganu yang boleh dilihat di sepanjang laluan untuk kembali ke muzium utama.
Sekiranya anda tidak larat untuk berjalan kaki, kini terdapat sebuah trem yang boleh dinaiki untuk meninjau keseluruhan lanskap muzium ini.  Sebenarnya terdapat banyak lagi keistimewaan Muzium Terengganu ini yang sentiasa menantikan kedatangan pengunjungnya.  
Koleksi Foto  tentang Muzium Terengganu
Lokasi
Terletak lebih kurang 5 km dari pusat bandar Kuala Terengganu iaitu di Bukit Losong (kawasan pembuatan keropok). Kepada pengunjung yang tidak mempunyai kenderaan sediri, anda boleh menaiki bas atau teksi yang hanya memakan masa lebih kurang 10 - 15 minit sahaja.
Talian Untuk Dihubungi
Pejabat Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Tingkat 5, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu
Tel : +609-622 1433 / 1893 Faks: +609-622 1791
Penginapan
Terdapat beberapa buah Homestay di sekitar Kampung Losong di antaranya:-
d'losong homestay
Trisya Homestay
Kamariah Homestay

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP