Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Saturday, July 17, 2010

Sejarah Yang Tidak Dilupakan

Keunikan 30 – Kenali Bukit Besi dari sudut sejarah
Bukit Besi menjadi terkenal dan tersimpan kemas dalam lipatan sejarah tanahair khususnya negeri Terengganu ekoran penemuan bijih besi di kawasan tersebut pada tahun 1916. Sejarahnya yang gemilang bermula pada suku abad ke-20 apabila aktiviti perlombongan bijih besi rancak dijalankan.Pada tahun 1930, laluan. Apabila jalan keretapi Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan pada tahun 1930 di stesen Che' Lijah, aktiviti perlombongan menjadi betambah rancak. 'Stock Pile' atau Tempat Memunggah Bijih yang pertama juga dibina di Kampung Che' Lijah. 

 
Dari situ bijih-bijih besi dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun. Perkembangan ini telah membawa kepada peningkatan jumlah penduduk di Bukit Besi. Pada tahun 1935, bilangan penduduk telah meningkat sehingga 6,000 orang termasuk pekerja. Sekaligus ia telah mengubah kehidupan sebahagian besar penduduk Bukit Besi dan dikatakan mereka amat mewah. Perkhidmatan awam seperti bekalan air, elektrik, keretapi juga disediakan secara percuma.

Apabila sebuah terowong dibina dan diberi nama Terowong Bukit Tebuk pada tahun 1936, perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong, dan akhirnya dipindahkan pula ke Sura.

Beberapa syarikat perlombongan silih berganti menerajui perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini dari Syarikat Nippon Mining Company (syarikat dari Jepun) hinggalah kepada syarikat Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) pada bulan Ogos 1948. EMMCO telah menjalankan aktiviti perlombongannya secara besar-besaran memandangkan permintaan terhadap bijih besi yang tinggi pada ketika itu. 

Pengeluaran bijih dijalankan tanpa henti 24 jam sehari kecuali hari Jumaat. Dengan bantuan jentera moden, EMMCO telah berjaya meningkatkan pengeluaran disamping mengeluarkan bijih besi yang lebih berkualiti. Oleh itu syarikat telah mendapat keuntungan maksima dalam tempoh masa yang singkat.
Jumlah pengeluaran bijih besi pada tahun 1960-1964 dianggarkan melebihi 2,000,000 tan setahun dan ini menjadikan perlombongan di Bukit Besi sebagai antara yang terbesar di dunia.

Bagaimanapun pada 1 Oktober 1970, Lembaga pengarah EMMCO telah membuat keputusan untuk menutup lombong Bukit Besi kerana factor-faktor tertentu. Penutupan ini telah mempengaruhi pekerjaan penduduk Bukit Besi dan Dungun yang akhirnya membawa kepada penghijrahan mereka ke tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

Pada hari ini, bekas lombong ini tampil semula dengan imej baru sebagai salah satu tarikan pelancongan di Terengganu. Hal ini kerana kawasan tasik (Tasik Puteri) bekas lombong yang ditinggalkan itu berubah wajah menjadi tasik yang mampu menghasilkan panorama semula jadi yang indah dan mendamaikan.
Selain daripada tasik, terdapat beberapa tinggalan sejarah lain seperti serombong(chimney), rumah pengurus (manager’s residence), jalan keretapi dan keretapi. Bukit Besi pasti akan memberikan kepuasan kepada mereka yang menggemari keindahan alam semula jadi sambil menyelami era kegemilangannya pada tahun-tahun 50an dan 60an.

Ingin beristirehat di sini?
Pengunjung dari Kuala Lumpur yang memandu sendiri boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan masuk ke Jalan Jerangau-Jabor sebelum menuju ke bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Dungun.
Panduan Penginapan
Anda boleh menginap di Rumah Tumpangan Bukit Besi yang terletak berhampiran lebuhraya Jerangau- Jabor.
Dungun Golf Desa Club
Awang Beach Resort
Dahima’s Guest House
Sri Dungun Hotel
Merantau Inn
Panduan Makan/Minum
Karimas Sulong Restaurant
May Flower Restaurant & Coffee House
Keluarga Restaurant
Sri Dungun Restaurant
Mama Chop Papa Grill

SELAMAT DATANG KE BUKIT BESI, DUNGUN, TERENGGANU

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP