Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Wednesday, July 21, 2010

Kedinginan Airnya Menggetar Kalbu

Keunikan 32 – Kenali Sekayu Yang Indah

Kedudukannya yang dipayungi oleh flora dan fauna menjadikan Hutan Lipur Sekayu di antara destinasi pelancongan yang unggul di Terengganu. Lokasinya yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu menjanjikan kelestarian alamnya yang asli. Di sinilah tempatnya di mana kita boleh merasai kedinginan air sungai yang menusuk kalbu sekaligus menyejukkan hati yang gundah kerana kesibukan kota.

Terdapat dua bahagian utama destinasi pelancongan di hutan Lipur Sekayu ini iaitu Air Terjun Sekayu dan Taman Pertanian Sekayu. Pada kali ini penulis akan fokuskan kepada Air Terjun Sekayu sahaja sementara Taman Pertanian dalam artikel yang lain.

Air Terjun Sekayu terletak lebih kurang 16 km dari pekan Kuala Berang atau 22 km dari pekan Ajil. Jaraknya dari bandar Kuala Terenggamu ialah kira-kira 56 km dan anda boleh berkereta atau dengan bas yang disewa khas.

Kuala Berang merupakan pusat pentadbiran daerah Hulu Terengganu. Perjalanan dengan kereta dari pekan itu ke Air Terjun Sekayu mengambil masa kira-kira setengah jam. Sebelum tiba ke lokasi air terjun, anda akan menempuh beberapa buah perkampungan Melayu tradisional seperti Kampong Padang Setar, Kampong Sekayu dan Kampong Bukit Gemuroh.

Anda tidak perlu bimbang akan tersesat kerana terdapat banyak papan tanda yang disediakan di sepanjang jalan bermula dari lebuhraya atau jalan utama iaitu Jalan Kuala Berang.

Anda boleh memilih untuk terus ke kawasan tapak air terjun utama atau ke bahagian lebih tinggi sedikit atau lebih ke atas berhampiran Taman Pertanian Negeri Sekayu. Penulis memilih bahagian berhampiran Taman Pertanian kerana lebih nyaman dan tenang serta aliran airnya lebih perlahan. Di kawasan ini terdapat sebuah Tapak Perkhemahan atau Kem dilengkapi dengan kemudahan tandas, surau dan tempat barbeku serta terdapat rumah penginapan iaitu Tropical Resort @ Sekayu.




Sementara itu,di kawasan air terjun utama pula terdapat lebih banyak kemudahan seperti calet, surau, tandas, pondok rehat dan beberapa kemudahan lain. Calet pula diberi nama-nama menarik seperti Manau, Semambu dan Sega. Kadar sewanya berpatutan bagi pengunjung yang ingin bermalam.

KUNJUNGILAH AIR TERJUN SEKAYU DAN RASAILAH KEDINGINAN AIRNYA YANG MENDAMAIKAN!

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP