Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Friday, July 16, 2010

Melayang-layang di udara

Keunikan 28 – Kenali Wau Terengganu

Salah satu di antara beberapa permaianan tradisional masyarakat Terengganu ialah wau. Ia juga dikenali sebagai layang-layang di sebelah pantai barat Semenanjung. Ia sangat popular suatu ketika dahulu terutama dikawasan pedalaman negeri Terengganu. Kebiasaannya ia akan dimainkan di kawasan lapang atau di sawah padi selepas tamatnya musim menuai. Masyarakat yang tinggal di kawasan pantai juga sering memainkan permainan ini.

Permainan yang memerlukan bantuan angin ini menjadi semakin popular dan digemari oleh pelbagai kaum dan ia bukan sahaja dimainkan oleh masyarakat pedalaman bahkan kini masyarakat bandar juga semakin menggemarinya. Tidak hairanlah jikalau wau atau layang-layang ini dinobatkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di ‘Pasir Gudang Kite Festivals International Guests’ yang berlangsung setiap tahun dengan disertai juga oleh peserta dri luar negara seperti Jepun.



Wau ini dikatakan berasal dari Negara China bedasarkan rekabentuk dan karektornya yang mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Pada masa dahulu wau diperbuat dengan menggunakan daun kayu yang lebar.
 

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. 


Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh 
terutamanya perlu dipilih denganlebih teliti.

Pengunjung yang datang ke Terengganu masih boleh mendapatkan wau atau layang-layang ini dengan mudah untuk anak-anak kerana wau boleh dibeli di Pantai batu burok setiap hari.





 Deretan wau yang dijual di Pantai Batu Burok setiap hari dan boleh terus dinaikkan atau dimainkan jika tidak hujan.


Anda juga boleh merasai sendiri keseronokan bermain wau di Pantai Batu Burok seperti mereka yang sedang bermain wau di dalam foto di atas.  Jangan lepaskan peluang, bercutilah ke Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP