Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2012 Events * Karnival 1Malaysia Tahun Baru China 2012 on 20-22 Jan at Kampung China, Kuala Terengganu * Le Tour De Langkawi 2012 on 24 Feb-4 Mar (Kemaman/Dungun/Marang/Hulu Terengganu/Kuala Terengganu * International Terengganu Starhill 4X4 Challenge 2012 on 9-12 Mar 2012 * Kenyir Lake International Triathlon 2012 on 24-25 Mar 2012 at Pengkalan Gawi, Kenyir Lake * Cabaran Rekacipta Islam & Perasmian Kincir Air Taman Tamadun Islam on 31 Mar 2012 at Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man * Petronas Cup Prix 2012 on 13-15 Apr 2012 * Mini Festival Kenyir/Kenyir Cup/Boat on The Road 2012 on 13-15 Apr 2012 at Kenyir Lake * Terengganu World Invitational Jetrace Challenge 2012 on 27-29 Apr at Pulau Warisan Kuala Terengganu * Kapas-Marang International Swimathon 2012 on 28-29 Apr 2012 at Pulau Kapas/Pantai Peranginan Kelulut, Marang * International Boat Parade Terengganu 2012 on 1 May 2012 at Pulau Warisan, Kuala Terengganu * Karnival Candat Sotong Harian Metro 2012 on 4-6 May 2012 at Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu * Karnival GP Joran 2012, 5-6 Mei 2012 di Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu * Tebu Mountain Challenge 2012 pada 18-19 Mei 2012 di hutan Lipur lata Belatan, Besut * Pesta Pantai 2012, 18-19 May 2012 at Pantai Batu Burok Kuala Terengganu * Terengganu International Islamic Art Festival 2012, 2-5 Jun 2012 at Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu * PGM Terengganu Masters Golf Invitational 2012, 23-28 Jun 2012 at Awana Kijal Golf, Beach Resort & Spa, Kemaman * Mount Berembun Green Challenge 2012, 30 Jun 2012 at Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Dungun * Pertandingan Pelita Raya 2012, 9-11 Ogos 2012, DUN Tepoh, Kuala Terengganu * World Bee Conference 2012 on 28 Sept-3 Okt 2012 di Kuala Terengganu * Sultan Mizan's Cup 2012 pada 19-21 Okt 2012 at TIEP Lembah Bidong, Setiu * International Perhentian Island & Merang Challenge 2012 on Oct 2012 at Merang Beach and Perhentian Island * Terengganu Eco & Marine Tourism Conference 2012 13-14 Nov 2012 at Kuala Terengganu * Terengganu Quiksilver Best Event Surfing Contest 2012 on 3o Nov-2 Dec 2012 at Batu Burok Beach kuala Terengganu * Monsoon Cup 2012 4-9 Dec 2012 at Pulau Duyong, Kuala Terengganu * Chemerong International Challenge 2012 on Dec 2012 at Hutan Lipur Air Terjun Chemerong Dungun, Terengganu * International Terengganu Bridge Run 2012 On Dec 2012 at Kuala Terengganu * * http://tourism.terengganu.gov.my/

Friday, July 9, 2010

Enaknya Kerepek Malinja atau Belinjau dari Terengganu


Keunikan  23 –  Kenali Kerepek Malinja atau Belinjau (Gnetum Gnemon) 
Kerepek ini adalah snek istimewa yang terdapat di Terengganu.  Ia juga dipanggil keropok belinjau atau malinja.  Orang Terengganu menyebut kerepek ini dengan sebutan ‘khepek minja’.  Ia dibuat daripada buah belinjau atau malinja yang masak.  Kebanyakan orang Terengganu menyebut buah malinja sebagai buah cokok.  Buah ini ada banyak jenis dan yang dibuat kerepek dari jenis yang saiz buahnya besar sedikit.
Untuk membuat kerepek terlebih dahulu buah malinja yang masak digoreng tanpa minyak di atas api yang sederhana.  Gorengan ini dibuat separuh masak sahaja kerana ini akan memudahkan proses meleperkannya untuk dijadikan kepingan nipis.  Proses meleperkan buah malinja ini dibuat dengan menggunakan lesung batu atau kayu.  Pada hari ini kebanyakan pengusaha kerepek ini menggunakan mesen.  Walau bagaimanapun dari segi keaslian kerepek ini, proses meleperkannya adalah dengan menggunakan lesung batu atau lesung kayu.  Empingan yang telah siap dijadikan kerepek dan digoreng.  Bagi orang Terengganu, kerepek malinja juga boleh di sira dengan air gula dan rasa kepahitan kerepek akan berkurangan.
Sebenarnya keseluruhan pokok malinja atau belinjau ini berguna.  Batang pokok boleh dibuat papan sementara daunnya yang muda(pucuk) boleh dibuat ulam atau sayur. 
Daun yang tua(lebar daun yang agak besar) pula boleh digunakan untuk membungkus tapai pulut sekiranya daun jambu laut atau daun getah tiada.  Buahnya yang masih muda boleh direbus bersama sedikit garam dan dimakan begitu saja.  Buah yang telah masak (berwarna merah) dibuang kulit lalu digoreng dan rasanya sungguh enak(suatu ketika dahulu buah malinja yang digoreng di dalam pasir pantai  banyak dijual di pesta Pantai Batu Burok Kuala Terengganu).  Kulit buah malinja yang masak amat digemari oleh ayam dan menjadi snek istimewa bagi ayam-ayam kampung di Terengganu atau di kampung penulis.  Kata orang-orang tua, jika ayam memakan kulit buah malinja yang masa berwarna merah, bila bertelur, bahagian kunig telur amat cantik warnanya iaitu kuning kemerahan.
Walaupun rasanya kepahitan tetapi buah malinja ini mempunyai khasiat tertentu seperti vitamin, protein, kalsium dan beberapa zat lain tetapi tidak boleh diambil secara keterlaluan kerana boleh mendatangkan penyakit pula. 
  Di atas adalah foto pokok malinja atau belinjau yang tumbuh di belakang rumah penulis
Kerepek malinja mempunyai rasa sedikit kepahitan bagi mereka yang kurang menggemarinya.  Namun begitu rasa kepahitan itulah menjadikan kerepek ini snek istimewa yang enak dan berkhasiat.  Pengunjung ke Terengganu boleh membeli kerepek ini di Pasar Besar kedai Payang.

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP