Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Sunday, January 2, 2011

keunikan 99 - Buah Sekalat

Kenali Buah Sekalat
Buah mentega, perhatikan warnanya yang menarik
Buah nadir ketiga yang ingin dipaparkan di sini ialah buah mentega.  Di negeri Terengganu buah ini dikenali dengan panggilan buah sekalat atau buah mentega.  Tidak tahulah kenapa di panggil begitu, tetapi penulis rasa berkemungkinan kerana kulitnya yang tidak licin, isinya pula berwarna kekuningan seperti mentega.  Orang tua-tua pada masa dahulu memberi nama pada sesuatu mengikut keadaan benda tersebut.  Oleh kerana kulit buahnya tidak licin iaitu ‘kasap’ atau ‘kesat’, maka dipanggil sekalat.
Nama saintifiknya Diospyros blancoi, susah juga hendak menyebutnya.  Buah yang agak sukar untuk ditemui sekarang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu buah berwarna merah gelap hampir kepada ungu dan buah berwarna kuning keperangan.  Perbezaan warna tidak menjadikan ianya berbeza seratus peratus kerana rasa isinya lebih kurang sama.  Bentuk buahnya bulat seperti epal cuma yang berwarna kuning agak leper.
Di Malaysia buah mentega ini dikenali dengan pelbagai nama yang unik seperti buah seralat, sagalat atau sekalat, buah lemak, buah margerin dan sebagainya mengikut tempat.  Selain daripada itu ia juga di kenali dengan nama buah bisbul (Indonesia), velvet apple,  kamagong , mabola atau tabang (Filipina), marit (Thailand) dan peach bloom (India).
Pokok buah mentega ini masih kecil
Masa kecil dahulu, penulis sering memakan buah ini.  Pokoknya besar dan tinggi, boleh mencapai ketinggian lebih daripada  50 meter dan agak sukar untuk mengambil buahnya.  Pada masa dahulu, untuk mendapatkan buahnya  cuma ada dua pilihan saja, menunggu buahnya gugur  atau membalingnya dengan kayu untuk menggugurkan buahnya.
Buah mentega ini banyak terdapat di Filipina iaitu negara asal buah ini. Di negeri Terengganu pula, buah ini tidaklah terlalu sukar untuk mencarinya.  Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat kajian dan mencari sampel buah ini bolehlah datang ke Kuala Terengganu.  Foto yang dipaparkan di blog ini telah diambil di sebuah kampung di mukim Cabang Tiga Kuala Terengganu.  Rumah pemilik pokok ini terletak berhampiran balairaya Masjid Tok Ku.  
Kepada sesiapa sahaja pengunjung blog ini yang berminat dengan buah mentega bolehlah menggunakan maklumat yang ringkas di blog ini.

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP