Keunikan 80 – Kenali Ceri Terengganu
Buah Ceri Terengganu yang hampir ranum sepenuhnya |
Buah-buahan nadir hari ini semakin pupus sekiranya langkah-langkah memperkenalkannya tidak dijalankan. Buah ceri Terengganu misalnya walaupun masih boleh ditemui di beberapa buah kampung di Terengganu, namun di sesetengah tempat yang dulunya ada telahpun tidak kelihatan lagi.
Sewaktu zaman kanak-kanak penulis biasa memakan buah ceri ini. Ia ditanam di halaman rumah di kampung penulis, namun kini sudah tiada lagi. Foto yang penulis rakamkan ini diambil di kampung lain. Pokok ini memang cantik sekiranya dijadikan pokok teduhan di halaman rumah.
Pokoknya boleh dikatakan renek dan rendang sesuai untuk pokok teduhan. Daunnya berbentuk panjang tirus di hujung dan berwarna ungu muda ketika pucuk.
Perbandingan ceri Terengganu dengan ceri luar negara |
Perbandingan daun ceri Terengganu dengan luar negara |
Caranya ialah apabila buah yang betul-betul masak sudah dipetik, buah itu hendaklah digelek sebiji-sebiji menggunakan kedua-dua belah telapak tangan. Buah ini hendaklah digelek sehingga bahagian kulitnya menjadi lembut dan semakin berkilat. Kemudian bolehlah dimakan begitu sahaja . Rasanya lebih enak!!!
Buah Ceri Terengganu yang bergugus-gugus seperti anggur |
Mengikut kajian buah ceri Terengganu ini mempunyai khasiat tertentu kerana mengandungi ejen antioksidan. Orang-orang tua dahulu merebus akarnya untuk diminum kerana dipercayai boleh merendahkan suhu badan ketika demam.
KLIK untuk mendapatkan info mengenai buah ceri Terengganu.
3 comments:
cara apa pokok ni membiak?
Boleh dibiakkan daripada biji benih, mungkin ada cara lain, cuba tanya MARDI sebab ada kajian yang dibuat mengenai pokok ceri Terengganu ini, harap maklum.
Pokok ini masih boleh di dapati di Tanah Merah ,Kelantan. Minggu lepas saya ada petik untuk merasanya. Eloklah di bibiakkan untuk generasi akan datang. Pengusaha2 horticulture harus biak dan menjualnya.
Post a Comment