|
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebelum berlepas ke Kuala Terengganu. Gambar Bernama
|
Tuanku Mizan Zainal Abidin and Tuanku Nur Zahirah returned to Terengganu at the end of His Majesty's reign as the 13th Yang di-Pertuan Agong in full royal tradition.
Tugas baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong berakhir pada hari ini 12 Disember dengan penuh istiadat diraja.
Ketibaan baginda berdua disambut dengan meriah di Kuala Terengganu. Penulis bercadang untuk merakamkan detik gemilang tersebut, tetapi sayangnya......dalam leka menunggu di persimpangan lampu isyarat berhampiran Perpustakaan Awam Negeri, penulis tidak sempat merakamkan foto-fotonya...aduh!
Apa yang sempat dirakamkan adalah kenderaan polis di belakang....kecewanya...lagipun lajunya kereta......Apa-apapun inilah foto yang sempat dirakamkan...eksklusif nih!!!?
|
Dirakamkan lebih kurang jam 2.53 petang beberapa saat je terlepas, kereta warna hitam di depan tu!! |
|
Foto ni diambil jam 2.54 petang |
|
Ini pun diambil jam 2.54pm juga selepas foto di atas...tinggal polis je...waduh...waduh..kecewanya!! |
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong termuda yang kedua selepas Sultan Perlis Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada tahun 1961 ketika berusia 41 tahun.
Selamat pulang Tuanku berdua! Seluruh hamba rakyat menunggu kepulangan Tuanku.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Read More