Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu atau lebih dikenali dengan Planetarium telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac 2005. Sehinga hari ini pusat ini telah menerima kunjungan dari berbagai lapisan masyarakat terutama pelajar sekolah.
Model Bangunan Utama |
Kaunter Tiket |
Pameran Bersebelahan Pintu Masuk |
Sebelum Memasuki Ruang Pameran |
Pintu Utama ke Ruang Pameran |
Ruang Pameran Dari Arah Pintu Masuk |
Terdapat berbagai sudut maklumat yang dibina di dalam Pusat Sains ini. Sudut-sudut tersebut ialah Sudut Saintis Terkemuka, Sudut Islam dan Sains, Sudut Biologi, Sudut Kimia, Sudut Fizik, Sudut Matematik, Sudut Teknologi Maklumat, Sudut Sains dan Aplikasinya dan Sudut Kanak-kanak.
Sudut Saintis Terkemuka mempamerkan beberapa poster saintis terdahulu yang terkenal dengan ciptaaan mereka seperti Michael Faraday, Thomas Edison, guglielmo Marconi dan sebagainya.
Sudut Islam dan Sains mempamerkan tiga kiosk iaitu Kuiz Islam, Kenali Saintis Islam dan Islam dan Sains. Ketiga-tiga kiosk ini memberikan pengetahuan kepada pengunjung tentang hubungan antara Islam dan sains.
Sudut Biologi, Sudut Fizik dan Sudut Kimia membawa pengunjung menyelami dan mendalami alam sains dengan pameran informasi asas yang penting dalam setiap bidang.
Sudut Matematik mendedahkan beberapa isu matematik dan aplikasinya yang mendorong kreativiti pelajar agar lebih berminat di dalam matematik.
Untuk Sudut Teknologi Maklumat, disediakan dua kiosk ‘touch screen’ dengan tujuan untuk memperkenalkan dunia IT kepada pengunjung terutama pelajar sekolah.
Selain daripada sudut-sudut di atas, terdapat juga Sudut Sains dan Aplikasinya yang mempamerkan beberapa permainan berkaitan dengan sains yang tentunya boleh menarik perhatian kanak-kanak untuk mencubanya sekaligus boleh mengasah bakat dan kreativiti mereka.
Pengunjung yang membawa anak-anak kecil pula boleh memilih Sudut Kanak-kanak yang dipenuhi dengan beberapa permainan menarik.
Tayangan filem fiksyen astronomi pula dibuat di Planetarium yang mempunyai dewan tayangan yang boleh menempatkan 60 orang bagi setiap sesi tayangan. Planetarium beroperasi 6 hari seminggu dan ditutup pada hari Jumaat sementara hari Sabtu dan cuti am/cuti umum dibuka. Klik untuk melihat info-info lain seperti jadual dan harga tiket.
PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU
Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, 21100 Terengganu,
Terengganu, Malaysia
Tel: 609-626 2812, Fax: 609-626 4002
SELAMAT BERCUTI KE TERENGGANU
SINGGAHLAH DI PLANETARIUM
0 comments:
Post a Comment