Setiu adalah daerah yang paling muda di antara 7 daerah di Terengganu. Daerah ini amat unik kerana sempadan daerah negeri Terengganu yang berubah beberapa kali sejak lebih 50 tahun yang lalu menyebabkan nama Setiu beberapa kali terpadam daripada senarai daerah-daerah di Terengganu. Sila klik di sini untuk mendapatkan info perubahan ini.
Bendera Daerah |
7 Mukim |
Nama Setiu diambil daripada nama seorang pahlawan silam dari Bugis yang telah melarikan diri ketika peperangan di antara Bugis dengan Belanda. Oleh kerana tidak inginkan petuanan Belanda, ramai orang Bugis melarikan diri dan sebahagiannya menetap di Tanah Melayu.
Kedudukan Setiu |
Tok Setiu adalah salah seorang daripadanya dan beliau telah tiba di Terengganu. Beliau kemudiannya telah memohon keizinan Sultan Terengganu ketika itu, iaitu Sultan Ahmad Shah II untuk menetap di situ. Setelah mendapat keizinan daripada sultan, beliau telah membuka sebuah kawasan sebagai tempat kediaman dan penempatan beliau bersama pengikutnya.
Oleh kerana beliau handal bersilat, ramai yang telah berguru dengan beliau. Disamping itu, Tok Setiu juga telah memperkenalkan terusan air bagi kemudahan pengairan. Jasa yang dicurahkan ini telah mendapat penghargaan oleh penduduk setempat dengan menamakan kawasan tersebut Setiu. Nama ini kekal sehinggalah ke hari ini. Klik di sini untuk mendapatkan info tentang sejarah Setiu.
Antara tempat menarik di Setiu |
Ingin ke Bandar Permaisuri, Setiu?
Jangka masa dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu melalui udara adalah lebih kurang 45 minit.
Jika dengan jalan raya lebih kurang 7 jam.
Dari Kuala Terengganu ke Bandar Permaisuri lebih kurang 1 jam 15 minit
Jika melalui Kota Bharu, pengangkutan udara dari Kuala Lumpur memakan masa selama 45 minit
Sementara dengan jalanraya pula lebih kurang 2 jam 15 minit.
Tunggu apa lagi…silalah datang ke Setiu…..yang sentiasa menanti kunjungan tetamu..andalah tu!
Jangan khuatir tentang penginapan…ada banyak di Setiu ini! Di antaranya:
Kampung Rhu Tapai, Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel : 09-6696200 , 09-6531111
Faks: 09-6696410 , 09-6531226
Pantai Peranginan Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel : 09-6664466
Pulau Lang Tengah, Merang, Terengganu.
Pulau Lang Tengah, Merang, Terengganu.
Pulau Lang Tengah, Merang, Terengganu.
Pulau Lang Tengah, Merang , Terengganu
Lot 6494 Kampung Rhu 10, 22120 Setiu, Terengganu
Tel : 09-6927921 Faks:09-6927921
Emel : pnksetiu@yahoo.com
.........lepah rayo dey....silolah date!!
0 comments:
Post a Comment