Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Tuesday, October 12, 2010

Terengganu Events 2010

Keunikan 88 – Acara menarik di Terengganu antara bulan Oktober hingga December 2010
Terdapat berbagai acara yang telah dan akan diadakan di Terengganu sepanjang tahun 2010.  Di antara acara yang telah diadakan adalah seperti Kenyir Lake International Triathlon 2010, Pelancaran Bulan Candat Sotong, Pesta Terengganu, Asian Watercross Super Cup Terengganu 2010, Terengganu Masters Golf Invitational 2010, Pertandingan Hiasan Pelita Raya dan yang baru saja berlalu  GP Joran Cabaran Tenggiri 2010 .
Baki acara adalah acara Dungun Cup Goodwill Fishing Competition 2010 pada 11-15 Oktober di Kuala Dungun, Perhentian Island Challenge 2010 antara 15 – 17 Oktober di Pulau Perhentian Besut, Pekan Budaya Daerah Kemaman di Padang Astaka Taman Bandar Chukai antara 9 – 15 Oktober.  Kesemuanya adalah acara untuk bulan Oktober.
Bagi bulan November pula terdapat satu acara yang menarik iaitu Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge 2010.  Acara ini akan di adakan dari 5-7 November di Terengganu International Equestrian Park, Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.  Acara istimewa ini akan dikendalikan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
Mengakhiri tahun 2010 nanti adalah kemuncak acara paling berprestij iaitu Monsoon Cup 2010. Acara ini akan berlangsung antara 30 November hingga 5 Disember bertempat di Pulau Duyong Kuala Terengganu dan akan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu. 
Acara Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya dengan acara Kenyir Cup Goodwill Fishing Competition 2010 bertempat di Tasik kenyir, Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP