Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Saturday, September 25, 2010

Planetarium Terengganu

Keunikan 74 – Kenali Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu atau lebih dikenali dengan Planetarium telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac 2005. Sehinga hari ini pusat ini telah menerima kunjungan dari berbagai lapisan masyarakat terutama pelajar sekolah.
Model Bangunan Utama
Kunjungan penulis pada 23 September mendapati pada hari tersebut, sehingga jam 1 petang 4 buah sekolah telah singgah di Planetarium (maklumat ini diperoleh daripada petugas pada hari tersebut). Bagaimanapun penulis tidak berkesempatan untuk mengambil fotonya kerana sewaktu tiba di situ, pelajar-pelajar yang berkunjung baru sahaja berlepas pergi.
Kaunter Tiket
Pameran Bersebelahan Pintu Masuk
Sebelum Memasuki Ruang Pameran
Pintu Utama ke Ruang Pameran
Ruang Pameran Dari Arah Pintu Masuk
Pusat Sains Terengganu ini mempunyai tiga fungsi iaitu menyediakan Galeri Sains, tayangan filem fiksyen astronomi di Planetarium dan terlibat secara langsung sebagai penggerak utama bagi Program Penggalakan Sains dan Teknologi Terengganu (PPST) pada setiap tahun.
Terdapat berbagai sudut maklumat yang dibina di dalam Pusat Sains ini. Sudut-sudut tersebut ialah Sudut Saintis Terkemuka, Sudut Islam dan Sains, Sudut Biologi, Sudut Kimia, Sudut Fizik, Sudut Matematik, Sudut Teknologi Maklumat, Sudut Sains dan Aplikasinya dan Sudut Kanak-kanak.
Sudut Saintis Terkemuka mempamerkan beberapa poster saintis terdahulu yang terkenal dengan ciptaaan mereka seperti Michael Faraday, Thomas Edison, guglielmo Marconi dan sebagainya.
Sudut Islam dan Sains mempamerkan tiga kiosk iaitu Kuiz Islam, Kenali Saintis Islam dan Islam dan Sains. Ketiga-tiga kiosk ini memberikan pengetahuan kepada pengunjung tentang hubungan antara Islam dan sains.
Sudut Biologi, Sudut Fizik dan Sudut Kimia membawa pengunjung menyelami dan mendalami alam sains dengan pameran informasi asas yang penting dalam setiap bidang.
Sudut Matematik mendedahkan beberapa isu matematik dan aplikasinya yang mendorong kreativiti pelajar agar lebih berminat di dalam matematik.
Untuk Sudut Teknologi Maklumat, disediakan dua kiosk ‘touch screen’ dengan tujuan untuk memperkenalkan dunia IT kepada pengunjung terutama pelajar sekolah.
Selain daripada sudut-sudut di atas, terdapat juga Sudut Sains dan Aplikasinya yang mempamerkan beberapa permainan berkaitan dengan sains yang tentunya boleh menarik perhatian kanak-kanak untuk mencubanya sekaligus boleh mengasah bakat dan kreativiti mereka.
Pengunjung yang membawa anak-anak kecil pula boleh memilih Sudut Kanak-kanak yang dipenuhi dengan beberapa permainan menarik.
Tayangan filem fiksyen astronomi pula dibuat di Planetarium yang mempunyai dewan tayangan yang boleh menempatkan 60 orang bagi setiap sesi tayangan. Planetarium beroperasi 6 hari seminggu dan ditutup pada hari Jumaat sementara hari Sabtu dan cuti am/cuti umum dibuka. Klik untuk melihat info-info lain seperti jadual dan harga tiket.
PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU
Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, 21100 Terengganu,
Terengganu, Malaysia

Tel: 609-626 2812,  Fax: 609-626 4002
SELAMAT BERCUTI KE TERENGGANU
SINGGAHLAH DI PLANETARIUM
Read More

Friday, September 24, 2010

Rumah Terbuka YPU Terengganu Meriah dan Ceria

Keunikan 73 – Kenali YPU Terengganu
23 September, bertempat di Pusat Dagangan Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah mengadakan Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya.  Penulis sempat berkunjung dan menyaksikan kemeriahan majlis tersebut.
Pelbagai juadah disajikan  termasuklah makanan tradisional terkenal Terengganu nasi dagang.  Ada ketupat, sate, rendang, tapai pulut, kuih-muih, laksa, keropok dan macam-macam lagi.
Penulis bersama salah seorang tetamu
Layanan yang mesra menjadikan pengunjung dapat menikmati hidangan dengan selesa dan menyelerakan.  Hiasan dan pengisian dekorasi majlis yang cantik dengan beberapa gerai kecil menghiasi  di suatu sudut  menepati citarasa timur yang mementingkan kepuasan dan keselesaan tetamu dan  pengunjung.
CEO YPU
Gerai T' Square
Gerai-gerai yang menyajikan makanan tradisional Terengganu
Sambil menikmati juadah, tetamu dan pengunjung di sajikan halwa telinga yang mengasyikkan.  Kehadiran kumpulan Dendang Anak dengan irama etnik nusantara memeriahkan suasana. Info Kumpulan Dendang Anak Klik
Salah Seorang Anggota Kumpulan Dendang Anak
Selain daripada itu, gelagat beberapa orang tetamu yang naik ke pentas mendendangkan lagu karaoke semakin menceriakan majlis.
Kemuncaknya apabila CEO YPU yang ‘sporting’ sudi mendendangkan sebuah lagu menggamatkan suasana dan majlis menjadi semakin meriah dan menghiburkan.

Info YPU Terengganu
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) ialah sebuah perbadanan yang mempunyai objektif untuk menjadi sebagai 'One Stop Agency' keusahawanan yang akan membantu menjana pembangunan keusahawanan negeri khasnya dan negara amnya. Proses perlaksanaan objektif tersebut mensasarkan matlamat-matlamat berikut:
·         Ke arah meningkatkan bilangan usahawan kelas menengah yang berwibawa ke tahap global.
·         Mempertingkat dan memperkembangkan jalinan keusahawanan dan keupayaan pengetahuan usahawan sedia ada.
·         Menyediakan kemudahan prasarana pembangunan keusahawanan dalam usaha membantu peningkatan daya saing dan daya maju usahawan tempatan.
·         Mewujudkan pengurusan, budaya dan ruang korporat YPU yang menjadi tunggak kecemerlangan usahawan.
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu telah diperbadankan pada 31 Mac 1994 dibawah AKTA SYARIKAT 1965 sebagai sebuah syarikat "LIMITED BY GUARANTEE" (Jaminan Terhad). Ianya mula beroperasi pada 1 Julai 1994 dengan berorientasikan gabungan obligasi sosial dan keuntungan demi membawa manafaat kepada golongan usahawan. Sumber Rujukan klik
Montaj Persembahan Persijilan  5S 2010  YPU Terengganu

WAKTU PERKHIDMATAN
Waktu Pejabat Urusan
Pagi ~ 8:00 Pagi Hingga 1:00 Petang
Rehat ~ 1:00 Petang Hingga 2:00 Petang
Petang ~ 2:00 Petang Hingga 5:00 Petang (Ahad Hingga Rabu)
~ 2:00 Petang Hingga 3:30 Petang (Khamis)

Kaunter Pembayaran
Pagi ~ 8:30 Pagi Hingga 1:00 Petang
Rehat ~ 1:00 Petang Hingga 2:00 Petang
Petang ~ 2:00 Petang Hingga 4:30 Petang (Ahad Hingga Rabu)
~ 2:00 Petang Hingga 3:00 Petang (Khamis)

SELAMAT DATANG KE TERENGGANU DARUL IMAN
Apabila Singgah di Planetarium..Singgahlah di YPU Terengganu
Read More

Mydin ke Giant?

Keunikan 72 – Kenali Kawasan Membeli-belah Baru di Padang Hiliran
Ada dua pasaraya ke? Barangkali itulah yang terlintas di hati kita apabila berkunjung ke lokasi pusat membeli-belah di Padang Hiliran Kuala Terengganu.  Kedua-dua pusat membeli-belah ini terletak bersebelahan dan beroperasi setiap hari.
Sesudah puas membeli-belah di Mydin kita ke Giant.  Dalam perjalanan berhenti berehat sejenak di Restoran McDonald's pandu lalu.  Barangkali inilah yang menjadikan lokasi baru pusat membeli belah di Kuala Terengganu ini sentiasa sesak kerana dikunjungi oleh bukan sahaja masyarakat setempat tetapi juga dari luar Terengganu.
Restoran McDonald's Pandu Lalu
Nama Mydin Mall dan Pasaraya Besar Giant memanglah tidak asing lagi bagi semua orang mahupun masyarakat Terengganu atau luar Terengganu.  Rasanya penulis tidak perlu memperkenalkan secara terperinci apa yang ada di kedua  tempat ini kerana kebanyakan orang memang sudahpun pernah singgah, kalau tidak di Terengganu mungkin di tempat anda sendiri.
Apa yang penulis ingin perkatakan disini ialah lokasi kedua tempat ini yang strategik iaitu di simpang laluan utama ke Jambatan Sultan Mahmud. 
Persimpangan Lampu Isyarat ke Jambatan Sultan Mahmud
Jambatan ini menjadi penting kerana ia menghubungkan banyak tempat menarik di Terengganu.  Di antaranya Pulau Duyong,  Tapak Pameran Monsoon Cup 2010 di Ri-Yaz Resort, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Terengganu International Endurance Park(TIEP) di Setiu, pulau dan pantai peranginan seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pantai Merang, Pantai Bukit Keluang, Pantai Batu Rakit dan banyak lagi.
Pusat Sains Terengganu (Planetarium)
Kelihatan Planetarium  dari Pasaraya Giant
Selain daripada terletak di persimpangan laluan utama, kedua-dua pasaraya ini juga terletak berhampiran dengan Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Pusat Sains Terengganu (Planetarium) dan Perpustakaan Awam Terengganu serta Pasar Tani Mega Padang Hiliran.  Kedudukan ini menjadi satu kelebihan kepada kedua-dua pasaraya ini kerana kedatangan pengunjung ke TTC, Planetarium, Perpustakaan dan Pasar Tani bermakna akan bertambahlah juga pelanggan mereka.
Perpustakaan Awam
Sekiranya anda ingin berkunjung ke sini, pastikan anda datang lebih awal kerana walaupun tempat meletak kenderaannya banyak namun jika anda terlewat mungkin agak sukar untuk mendapatkan ‘parking’ yang lebih hampir atau dekat.

SELAMAT DATANG KE TERENGGANU
BERBELANJALAH SECARA BERHEMAT
Read More
TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP