Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Sunday, August 8, 2010

Keistimewaan Pasar Tani Mega Padang Hiliran

Keunikan 44 – Kenali Pasar Tani Mega Hiliran
 Pasar Tani Mega (PTM) Padang Hiliran merupakan salah satu di antara pasar tani yang sentiasa sibuk dan terkenal di sekitar Kuala Terengganu. Beroperasi dua hari seminggu iaitu pada hari Khamis dan hari Sabtu. 
 Pasar ini dibuka seawal jam tujuh pagi hingga dua petang. Lokasinya stategik iaitu terletak di kawasan Tempat Letak Kereta Gelanggang Tenis MBKT bersebelahan dengan Perpustakaan Awam Negeri, juga berdekatan dengan Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Pasaraya Giant dan Maidin Mall terbesar di Pantai timur. 
 Pada tahun lepas, PTM Padang Hiliran telah diisytiharkan sebagai Pasar Tani Terbaik Negeri Terengganu 2008 dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Pasar Tani ke-24 Peringkat Negeri Terengganu 2009.

Pengunjung yang datang ke PTM Padang Hiliran ini perlu datang lebih awal sekiranya ingin meletak kenderaan mereka di kawasan yang berdekatan dengan pasar. Anda boleh saksikan dalam foto yang sempat penulis rakamkan pada jam 8.30 pagi Sabtu 7 Ogos 2010, berderetan kenderaan di kiri kanan jalan berhampiran PTM Padang Hiliran ini.

Terdapat pelbagai barangan yang dijual di sini samada barangan basah atau barangan kering.
Namun yang paling istimewa di PTM Padang Hiliran ini adalah ikan air tawar yang semakin digemari. Harga yang berpatutan dan produk yang bermutu menjadikan PTM Padang Hiliran ini sebagi lokasi tumpuan penduduk tempatan dan luar.

 Selain daripada itu, PTM Padang Hiliran ini juga menjadi tumpuan kepada peminat ikan akuarium atau perhiasan seperti ikan laga atau masyarakat tempatan memanggilnya ikan sekila. Ikan perhiasan ini boleh diperoleh dengan harga yang murah. Ketika penulis mengunjungi salah satu gerai ikan jenis ini, harga 1 ekor antara RM2 hingga RM10 sahaja.



Jangan lepaskan peluang! Segeralah berkunjunglah ke Pasar Tani Mega Padang Hiliran.
Lokasi
Padang Hiliran Kuala Terengganu
Waktu Operasi
7 pagi – 2 petang

2 comments:

Anonymous said...

thank you sebab bagi maklumat psal pasar tani ini.

syais said...

Pasar tani ni semakin terkenal sekarang ni, pengunjungnya bukan sahaja masyarakat setempat tapi juga orang luar.

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP