Entri kali ini adalah sambungan daripada entri ke-48.
Noor Arfa Craft Complex |
Jom ke ruang pameran Noor Arfa yang terletak di paras bawah Kompleks Noor Arfa Kraf di Cendering Kuala Terengganu.
Anak panah ke atas untuk ruang jualan, anak panah ke bawah untuk ruang pameran |
Selain seni ukir Kristal, terdapat beberapa pameran kraf tradisional tempatan. Di antara yang paling menonjol ialah batik Terengganu. Pengunjung dapat melihat bagaimanakah pemprosesan batik dilakukan. Contoh yang penulis paparkan di sini adalah proses membuat baju batik kaftan.
Blok untuk mengecop batik |
Lilin yang dipanaskan |
Pilih satu dan warnakan dengan warna pilihan |
Selain daripada itu terdapat juga pameran songket. Songket Terengganu amat terkenal kerana kualiti pembuatannya yang halus dan teliti. Pengunjung juga boleh melihat beberapa peralatan tenunan songket yang dipamerkan.
Peralatan Tenunan Songket |
Terdapat juga pameran anyaman mengkuang dan beberapa wau atau layuang-layang yang dipamerkan.
Pengunjung juga boleh melihat sebuah beca tradisional Terengganu yang diletakkan di suatu sudut.
Selepas puas di ruang pameran pengunjung boleh membeli belah di bahagian tingkat 1 di kompleks ini. Bagaimanapun penulis dilarang mengambil gambar di bahagian ini. Namun begitu penulis boleh ceritakan serba sedikit mengenai ruang ini. Terdapat beberapa ruang untuk koleksi batik dan songket dalam pelbagai jenis. Terdapat ruangan eksklusif di suatu sudut. Datanglah menyaksikan sendiri dan penulis yakin anda tidak akan kecewa.
Sila klik di sini untuk mendapatkan info mengenai Noor arfa.
0 comments:
Post a Comment