Perhatikan beberapa contoh ayat di bawah beserta maksudnya.
- Mari ah melacong ke Teganu….negeri di pata timur = Marilah melancong ke Terengganu…negeri di pantai timur
- Wak apa tu ?= buat apa tu?
- Acu gok klik blog ambe ning = cuba klik blog saya ni
- Acu kelih gok, sape mari ari ning blog mung tu! = Cuba lihat siapa yang datang ke blog kamu hari ini!
- Blog orang sume molek belake, blog mung se je hok dok berape jaddi = Blog orang semuanya cantik, blog kamu sahaja yang tidak berapa menjadi
- Mung kalu cakak ha blog lagi, aku sekeh pale kan! = Kalau kamu bercakap tentang blog lagi aku akan ketuk kepala kamu!
- Maroh ke? = Marah ke?
Di atas adalah percakapan penulis dengan seorang kawan. Bagi orang Terengganu bahasa yang digunakan seperti di atas itu menandakan mereka itu akrab atau mempunyai ikatan yang baik.
Kadang-kadang orang yang tidak memahami loghat Terengganu menganggap percakapan itu kasar atau kurang sopan. Tetapi sebaliknya, loghat Terengganu memperlihatkan ikatan atau pertalian masyarakat tempatan yang kukuh dengan nilai budaya ketimuran.
Loghat atau dialek Terengganu mementingkan sebutan atau bunyi. Ejaan sahaja tanpa sebutan yang betul akan menjadi canggung atau tidak sedap didengar dan tidak tepat. Maksud atau maknanya mungkin akan berbeza contohnya:
Perkataan telur
‘mung nok telur ke?’ boleh menjadi dua makna
Makna pertama : Kamu hendak telur ke? (yakni telur ayam dsb)
Maksud kedua : Kamu hendak buang air besar (berak)ke?
Ini adalah kerana perkataan ‘telur’ bagi kedua-dua frasa di atas disebut dengan sebutan atau intonasi yang berbeza.
Dalam loghat Terengganu sebutan vokal ‘a’ di bahagian sukukata akhir perkataan tidak akan mengeluarkan bunyi ‘a’ sebaliknya akan mengeluarkan bunyi vokal ‘o’.
Contohnya yang mengeluarkan bunyi ‘o’ tetapi tidak menghilangkan konsonan ‘h’ di akhir perkataan:
Mudah jadi mudoh
Susah jadi susoh
Kalah jadi kaloh
Lelah jadi leloh
Mengah jadi mengoh
Tengah jadi tengoh
Marah jadi maroh
Lebah jadi leboh dll
Contoh yang mengeluarkan bunyi huruf ‘o’ tapi menghilangkan konsonan ‘r’ di akhir perkataan:
Tawar jadi tawo
Lapar jadi lapo
Mawar jadi mawo
Pagar jadi pago
Kelar jadi kelo
Mekar jadi meko
Gegar jadi gego
Celupar jadi celupo
Besar jadi beso dll
........bersambung di dalam siri 2
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Hok kurik tu kendi
Hok meroh tu sage
Hok baik tu budi
Hok indoh tu bahase
Mari kite dengor lagu dalam loghat Terengganu 'Kerabu Pucuk Paku'
Mari kite dengor lagu dalam loghat Terengganu 'Kerabu Pucuk Paku'
0 comments:
Post a Comment