Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Wednesday, August 4, 2010

Jemah Atau Pulut? Palas Juga Namanya


Keunikan 42 – Kenali Ketupat Palas Terengganu
 Ketupat palas dikenali juga sebagai ketupat pulut.  Ketupat ini berbeza dengan ketupat nasi baik dari segi bentuk atau bahan yang digunakan. 
Ketupat nasi menggunakan beras nasi atau beras jemah seperti yang disebut oleh penduduk tempatan Terengganu .  Berbeza dengan ketupat palas dimana beras yang digunakan adalah beras pulut.
Kulit ketupat palas menggunakan daun palas sementara ketupat nasi menggunakan daun kelapa.
Berbeza dengan ketupat nasi yang kulitnya dianyam dalam pelbagai bentuk samada empat segi, bawang atau apa sahaja bentuk mengikut kreativiti anyaman.  Kulit ketupat palas pula hanyalah memerlukan kemahiran melipat daun palas dan menjadikannya tiga segi.

Ketupat palas Terengganu ini menjadi lebih enak dan istimewa apabila di letakkan daun pandan atau daun tebu ke dalam nasi ketupatnya supaya ketupat ini beraroma asli dan wangi.  


Terdapat juga di sesetengah tempat di Terengganu ini yang mencampukan bahan-bahan lain kedalam nasi ketupat seperti kacang.
Ketupat palas ini boleh didapati dalam dua jenis iaitu yang direbus atau digoreng.  Terpulang kepada citarasa anda untuk memilihnya.

Ketupat palas ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama dengan rendang atau serunding , sambal bilis atau ikan goreng. 
Terdapat petua atau cara untuk menjadikan ketupat palas yang digoreng lebih rangup.  Caranya ialah buangkan terlebih dahulu kulit ketupat barulah digoreng di dalam minyak yang banyak dan panas.
Ketupat palas ini boleh didapati di pasar-pasar seperti Pasar Besar Kedai Payang, Pasar manir, Pasar-pasar Tani di setiap daerah di negeri Terengganu ini.
DATANGLAH KE TERENGGANU DAN RASAILAH KETUPAT PALAS TERENGGANU 
YANG ENAK DAN ISTIMEWA INI.
 Ada sebuah cerita zaman kanak-kanak yang penulis dengar dari orang-orang tua di Terengganu mengenai ketupat palas dan orang yang malas.
Diceritakan kononnya terdapat seorang budak perempuan yang sangat pemalas.  Setiap hari kerjanya tidur sahaja atau kalau tidak tidur dia berlengah-lengah atau membuang masa .  Puas sudah si ibu menasihatinya namun perangainya tidak pernah berubah.  Dia lebih rela tidak makan dari bekerja atau membantu ibunya.
Si ibu bekerja membuat ketupat palas untuk menyara kehidupan mereka berdua beranak.  Ketupat yang telah disiapkan akan dihantar ke pasar untuk dijual.  Setiap hari hanya si ibu sahaja yang bekerja tanpa dibantu oleh si anak yang pemalas itu. Si ibu kerana terlalu sayangkan si anak membiarkan sahaja perangai anaknya yang suka tidur itu.
Lama kelamaan, si ibu melihat perangai anaknya yang pemalas itu menjadi-jadi (sifat malas si anak).  Sudah habis segala ikhtiar dilakukan oleh si ibu supaya anaknya insaf dan membantunya bekerja namun sia-sia sahaja.
Pada suatu hari si ibu mendapat satu akal..............nak tahu ceritanya? Penulis akan sambung pada post yang akan datang…….jangan terlepas peluang untuk mengetahui kesudahan ceritanya.  Sambil itu selalulah melawati blog ini.
Ketupat palas di dalam perahu,
Bawa dagang ke kuala sungai;
Sifat malas janganlah mahu,
Tika senang ubahlah perangai.

Penulis mencuba mencipta pantun di atas secara spontan sahaja khas untuk post kali ini!
TERIMA KASIH DI ATAS KESETIAAN ANDA SEMUA.  JUMPA LAGI DI LAIN ARTIKEL.

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP