Sepetang Di Bazar Ramadan
Keunikan 52 – Kenali Bazar Ramadan Masjid Terapung
|
kelihatan bazar yang berlatarkan Masjid Terapung |
Tepat jam 4.30 petang penulis bertolak ke Masjid Terapung di Kuala Ibai. Tujuan kali ini adalah untuk mengunjungi Bazar Ramadan yang diperkatakan orang. Walaupun hari masih awal kerana waktu berbuka puasa masih jauh lagi, tetapi jika ingin mengambil gambar harus pada waktu yang kurang sibuk.
|
Mudah mencari kawasan untuk meletak kenderaan |
Tempat meletak kereta yang luas tersedia di pekarangan Masjid Terapung memudahkan pengunjung ke bazar ini. Sewaktu penulis tiba , orang ramai yang ingin membeli juadah berbuka puasa tidaklah terlalu ramai sangat.
|
Tidak terlalu sibuk |
Bazar ini kecil sahaja tidak sebesar bazar di Syah bandar ataupun Pasar Cabang Tiga, namun pelbagai juadah boleh didapati.
|
Pulut lepa |
|
Sarak berlada |
|
Air Buah |
|
Ayam percik |
Kueh-mueh, lauk-pauk, jus buah-buahan dan bermacam-macam lagi juadah menjadikan bazar yang kecil ini sangat penting bagi mereka yang tidak sukakan kesibukan.
|
Dua sahabat |
Penulis sempat singgah di gerai Ikan bakar dan ayam panggang madu. Kedua-dua gerai ini bersebelahan dan pengusahanya sangat mesra dan peramah.
|
Ikan bakar |
Gerai ikan bakar milik Encik Fauzi, yang juga mengusahakan Restoran Selera Kampung di Cendering. Beliau sudah lama berkecimpung di dalam bidang ini dan setiap tahun akan berada di sini untuk mencari rezeki di bulan yang mulia ini.
Menyelerakan dan penulis membeli seekor ikan bakar(kerisi) yang bercecahkan air asam. Ikan itu sudah selamat menjadi menu berbuka puasa penulis dan keluarga. Sedap dan lazat seperti yang diperkatakan. Datanglah ke bazar ini untuk mencubanya!
Encik Fauzi juga menerima tempahan dan boleh dihubungi dengan :
No. Tel : 019 9609933
Ayam panggang bermadu pula istimewa kerana boleh diratah begitu sahaja. Tidak berapa pedas sangat dan memang tepatlah jika makan sekali, esok pasti akan datang membelinya lagi. Gerai ini diusahakan oleh Encik Razak bersama isteri setiap tahun. Anda boleh mencuba dan merasai sendiri keenakan ayam panggang ini.
Sekiranya ingin menempahnya, Encik Razak boleh dihubungi dengan:
No. Tel : 017 9623797
Berkunjunglah ke Bazar Ramadan berhampiran Masjid Terapung ini. Bermacam juadah tradisional kampung terdapat di sini.
Salam Ramadhan Al-Mubarak
0 comments:
Post a Comment