Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Saturday, August 14, 2010

Tersisip Senibina Tiga Budaya

Keunikan 50– Kenali Senibina Tiga Budaya di Kampung Cina 
Pemandangan Rumah Kedai
 Sebut sahaja Kampung Cina atau ‘Chinese Village’ semua orang akan mengenalinya.  Pintu Gerbang ini menjadi mercu tanda ketika anda memasuki kampung ini.
Pintu Gerbang Menyambut Tetamu Yang Datang
Seorang nenek berusia lebih kurang 80 tahun berjalan kaki  dari Jalan air Jernih untuk mendapatkan kueh kegemarannya yang dijual di Kampung Cina ini
Terdapat banyak cerita telah ditulis tentang Kampung Cina ini namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana uniknya budaya yang tersimpan di sini.
Kampung yang terdiri daripada deretan rumah kedai yang berusia lebih dari 200 tahun bukan sekadar menjadi tarikan kerana namanya tetapi sejarah dan budaya yang tersimpan di dalamnya.  Penulis akan menyentuh tentang senibina bangunannya kerana info lain boleh didapati dengan klik di sini.
Kelihatan Jambatan Pendek Yang Bersejarah
Pandangan Biasa di Kampung Cina
 Lihatlah deretan rumah kedai yang terdapat di sini, tersisip senibina tiga budaya yang unik, Islam, Eropah dan Cina. 
Tidak hairanlah jika ia di letakkan di dalam senarai warisan dunia oleh UNESCO. Kerajaan negeri Terengganu juga telah meletakkan Kampung Cina sebagai warisan sejarah negeri yang akan dipelihara.
 Keunikan senibina bangunan di Kampung Cina ini telah menjadi tarikan kepada pelajar jurusan senibina tempatan sebagai bahan kajian mereka. Perhatikan lukisan senibina ini,

Lukisan Bersejarah
Nama pelajar yang menghadiahkan tanda terima kasih dan kenangan mereka di Kampung Cina
Gambar Sebenar
Cantik dan sangat istimewa.  Penulis merakam semula lukisan oleh pelajar berkenaan untuk menjadi tontonan semua.  Lukisan ini penulis peroleh ketika berkunjung ke salah sebuah rumah kedai di sini. 
 Mesra dan ramah menceritakan tentang sejarah rumah kedai di sini, 'uncle' (panggilan penulis) membenarkan penulis merakamkan foto lukisan tersebut yang telah dibingkaikan 10 tahun yang lalu. Terima kasih kepada 'uncle' dan juga pelajar yang melukisnya.
Lihat pula hiasan ukiran batu daripada negara China yang diletakkan di bahagian dalam rumah kedai ini. Ukiran batu ini mengikut kata ‘uncle’, telah berusia beratus tahun. Ia dikekalkan dan akan menjadi warisan untuk generasi akan datang.
Saksikanlah keunikan tiga budaya yang bergabung dalam
senibina bangunan di Kampung Cina Kuala Terengganu.
Untuk datang ke sini anda hanya perlu mencari
Hotel Sri Malaysia yang terletak berhampiran pintu gerbang ke Kampung Cina

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP