Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Thursday, July 15, 2010

Rahsia dan Misteri Batu Penyu


Keunikan 27 - Kenali Misteri Batu Penyu
Uniknya batu ini kerana bentuknya seakan seekor penyu.  Namun begitu terdapat banyak cerita mitos tentang batu ini.  Berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, seekor penyu gergasi datang dari laut dan naik ke atas Bukit Che Hawa, Rantau Abang , kemudiannya ia bertukar menjadi batu.  Tiada sesiapa yang mengetahui kebenaran disebalik semua cerita ini. 
 Bagi penduduk tempatan pula, mereka mempercayai kononnya kewujudan batu penyu ini merupakan satu tarikan kepada penyu untuk naik ke pantai Rantau Abang dan bertelur.  Menurut cerita, sebenarnya ada dua buah batu penyu di Rantau Abang. 
Bagaimanapun batu yang satu lagi tertanam di dalam sungai di laluan masuk ke bukit ini dan ramai yang tidak menyedarinya.   Batu Penyu yang tertanam ini adalah penyu jantan yang merupakan pasangan kepada batu penyu di atas bukit yang merupakan penyu betina.  Kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan.  Jika anda ingin mengetahui cerita tentang batu ini lagi,  ada sebuah buku yang penulis jumpa.  Anda boleh mendapatkannya dengan klik di sini.
Batu yang penuh misteri ini boleh dijumpai  apabila anda berjalan kaki kira-kira setengah jam melepasi Kampung Rantau Abang .  Anda tidak perlu risau tersesat kerana terdapat papan tanda  untuk kemudahan pengunjung ke sini.  

Bagaimana nak datang ke sini?
1.       Berkereta – Dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan teruskan perjalanan ke Terengganu melepasi daerah Kemaman dan apabila tiba di Dungun, jangan lupa singgah di Rantau Abang.  Jika dari Kota Baharu anda kena meneruskan perjalanan untuk ke Dungun dengan melepasi daerah Kuala Terengganu dan Marang kemudian anda akan tibalah di Rantau Abang.
2.       Jika dengan penerbangan, dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu terus ambil teksi keStesyen bas MBKT  dan pilih bas yang akan ke Rantau Abang.
3.       Anda juga boleh menaiki bas samada bas untuk ke dungun atau Kemaman.  Jangan lupa untuk  mengingatkan drebar bas agar menurunkan anda di Rantau Abang, Dungun! ingat tu..jangan tak ingat!!
Di manakah anda akan menginap?

1.
Sri Gate Hotel

2.
Sura Hotel

3.
Dahima's Guest House

4.
Sri Dungun Hotel

5.
Merantau Inn

Untuk makan/minum pula bolehlah pilih

1.
Karimas Sulong Restaurant

2.
May Flower Restaurant & Coffee House

3.
Keluarga Restaurant

4.
Sri Dungun Restaurant

5.
Mama chop papa grill
 SELAMAT DATANG KE TERENGGANU....RANTAU ABANG MENANTI ANDA!

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP