Keunikan 22 – Taman Persiaran Bandar Chukai
Jika anda seorang pelancong yang sedang kepenatan setelah banyak tempat dikunjungi, anda bolehlah singgah di Taman Persiaran Bandar Chukai. Lokasi yang strategik serta keindahan persekitarannya akan memukau mata sesiapa sahaja apatah lagi orang yang sedang keletihan dan perlukan istirehat. Suasana nyaman dengan tiupan bayu dari Sungai Kemaman menyejukkan hati sesiapa sahaja yang singgah di sini. Silap-silap boleh terlelap kerana keletihan.
Di Taman Persiaran ini pengunjung bolehlah menikmati panorama indah di tepi air. Pada malam hari anda boleh menyaksikan peminat pancing datang ke sini untuk memancing atau pertandingan memancing. Taman ini bukan sahaja cantik kerana teletak di gigi air tetapi juga bersih. Sekiranya pengunjung rasa lapar, bolehlah ke gerai-gerai atau restoran yang banyak di sekitar taman ini. Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual. Apa kata sesekali lepak kat sini pulak, best!!
Lokasi
Dari kuala Lumpur - Kuantan terus ke Kemaman terus saja ke bandar Chukai, ada banyak papan tanda, usah bimbang.
Dari Selatan - Johor Bahru terus ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Pekan terus ke Kemaman.
Dari Utara – Macang ke Jertih terus ke K Terengganu.
Anda boleh ke Kemaman dengan berkereta atau bas.
Tuesday, July 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment