Anda seorang pencinta kehijauan alam? Jika ya, inilah tempatnya di mana anda boleh melihat simfoni alam yang harmoni dengan warna hijau sebagai latarnya.
Tumbuh-tumbuhan semulajadi, air sungai yang bersih, keunikan air terjun dan batu-batan yang menggoda serta kolam-kolam semulajadi yang indah dan mempesonakan sesuai untuk berkelah bersama keluarga, kawan dan sesiapa sahaja. Ayuh! Tunggu apa lagi?
Kepada yang menggemari aktiviti perkhemahan, inilah tempatnya yang sesuai kerana bukan sahaja mempunyai lanskap hutan yang memukau tetapi juga berbagai kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Terengganu seperti lorong pejalan kaki, pondok rehat, surau, taman permainan kanak-kanak, tempat letak kenderaan, chalet serta tapak perkhemahan yang lengkap dengan kemudahan asas.
Bagi anda yang suka bergayut bolehlah menaiki jambatan gantung sepanjang 30 meter untuk menyeberangi sungai Tenang. Pemandangan dari atas jambatan ini sangat indah dan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.
Pada musim cuti persekolahan , Lata Tembakah menjadi tumpuan dengan kem-kem kesedaran bina insan, jati diri, pengakap, kadet polis dan sebagainya.
Panorama air terjun tujuh tingkat sungguh menakjubkan apatah lagi pengunjung boleh mendengar bunyi limpahan air terjun disulami dengan bunyi unggas dan mergastua membuatkan sesiapa sahaja yang mengunjungi Hutan Lipur ini tenggelam di dalam alam.
Bagaimana nak ke sini?
Menaiki kenderaan sendiri atau awam dan teus ke Jertih. Hutan Lipur ini sebenarnya terletak di dalam daerah Besut. Jaraknya dari Kuala Terengganu lebih kurang 130 km atau 25 km dari Jertih.
Anda boleh menginap di mana?
1. | Demong Beach Resort | |
2. | D’ Pinggiran Gunung Tebu Resort | |
3. | Primula Coral View | |
4. | Bukit Keluang Beach Resort | |
5. | D’ Rizan Resort |
Anda boleh makan/minum di
1. | Gemilang Restauran |
2. | Mastura Jambi Satay |
3. | Sakura restaurant |
4. | Medic Inn Restaurant |
0 comments:
Post a Comment