Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Sunday, July 4, 2010

ISTIREHAT DI SYAHBANDAR KT

Keunikan 20 - Kenali Syahbandar KT
 
Panorama indah Laut China Selatan dan Pulau Duyong serta dari kejauhan kelihatan Jambatan Sultan Mahmud menjadikan Taman Shahbandar pilihan tepat untuk istirehat. Letaknya yang strategik dengan Bukit Puteri, Istana Maziah, Bazar Warisan dan Pasar Besar Kedai Payang yang hanya beberapa meter atau boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja, menyebabkan taman ini sering menjadi tumpuan pelancong dan juga masayarakat setempat. 


Terdapat sebuah pintu gerbang besi yang cantik dengan jelas menampilkan nama Taman Shahbandar menambahkan keunikan dan keistimewaannya. Berhampiran taman ini juga anda boleh melihat Bas Bandar atau Bas Casligas berlabuh atau memulakan perjalanannya. Anda juga boleh membeli belah di pusat membeli belah Astaka yang memang terletak di taman ini, lebih kurang 100 meter sahaja dari kawasan taman.

Berdekatan dengan taman ini juga letaknya Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu iaitu di kaki Bukit Puteri. Pada masa-masa tertentu diadakan festival jualan, pameran dan sebagainya. Pendek kata kalau anda datang ke Taman Shahbandar ini, anda akan dapat semuanya, 5 dlaam 1. Apa lagi….ringan-ringankanlah badan dan kaki tu….silakan ke Taman Shahbandar,berbaloi!!

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP