Keunikan 24 – Kenali Ikan Sekilau Yang Berkilau
Di negeri Terengganu ikan sekilau atau ikan pelaga ini dipanggil ikan sekila saja. Ikan ini sudah dikenali sejak dulu lagi dan selalunya ditangkap dalam sawah padi, parit, taliair atau paya. Pada masa itu tidaklah pula ia diniagakan cuma sekadar hobi memenuhi masa lapang. Apabila masa berlalu, ikan ini menjadi semakin popular dan berbagai jenis boleh didapati hasil daripada kemajuan bidang pembiakan ikan. Bentuk dan rupa serta warnanya turut berubah. Terdapat yang berekor panjang, bersirip lebar dan sebagainya.
Ikan yang menjadi perhiasan ini dikenali dengan nama sainsnya iaitu Beta Splendens. Berbeza dengan jenis asal atau tempatan yang bersirip pendek dan berwarna gelap, jenis baru lebih terserlah kerana mempunyai sirip yang lebih panjang serta tona warna yang lebih cerah dan boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesisnya.
Ikan ini, selain dijual dikedai atau akuarium ikan ,juga terdapat di pasar-pasar minggu atau pasar tani di Kuala Terengganu. Salah sebuah pasar tani yang sempat penulis kunjungi adalah Pasar Tani Hiliran Kuala Terengganu iaitu berhampiran dengan Perpustakaan Awam Terengganu dan Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Peminat ikan sekilau bolehlah datang ke pasar ini seawal jam 7 pagi dan berakhir lewat tengahari.
Cepat! Jangan terlepas peluang untuk menyaksikan ikan yang hebat ini!
Penting!! : Pasar Tani Hiliran ini akan saya paparkan dalam artikel akan datang. Jangan lupa!
0 comments:
Post a Comment