Lagun Kuala Ibai merupakan satu destinasi istirehat yang patut dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang inginkan ketenangan sambil bermain air dengan rasa selamat dan selesa. Lagun yang terletak cuma 5 km dari pusat bandar Kuala Terengganu ini mempunyai lanskap semula jadi yang mempesonakan.
Di sekitar kawasan lagun ini juga terdapat taman permainan kanak-kanak bagi keluarga yang membawa anak-anak kecil untuk beristirehat bersama. Tidak jauh dari kawasan lagun ini kelihatan Masjid Tengku Tengah Zaharah yang lebih dikenali dengan Masjid Terapung.
Di lagun inilah terletaknya TER (Terengganu Equestrian Resort) yang sering dkunjungi oleh pelancong dalam dan luar negeri kerana lokasinya yang strategik.
Selain daripada TER, pusat kraftangan seperti Noor Arfa Batek Perbadanan Kraftangan Cawangan Terengganu dan Permint Suterasemai juga terletak berhampiran dengan kawasan lagun ini.
Anda juga boleh menikmati nasi dagang Chendering yang istimewa dan pernah menjadi bualan akhbar satu ketika dulu. Sekiranya anda ingin merasai nasi dagang tersebut, anda kenalah datang ke Kuala Terengganu dan jangan lupa anda boleh membungkus nasi dagang tersebut dan menikmatinya sambil bersantai di lagun Kuala Ibai.
LUANGKANLAH MASA ANDA UNTUK BERKUNJUNG KE LAGUN KUALA IBAI DAN RASAI SENDIRI KEISTIMEWAANNYA
Lokasi
Terletak 5 km dari bandar Kuala Terengganu.
Nak datang ke sini dengan apa?
Bas atau kereta – berhenti di simpang lampu isyarat Kuala Ibai (Jika dari Kuala Terengganu, belok ke kiri dan jika datang dari arah Marang/Kuantan belok ke kanan)
Nak menginap di mana?
Terdapat banyak tempat menginap dan yang paling dekat ialah TER. Terdapat juga Homestay Kuala Ibai (3 minit perjalanan dari lagun), Penginapan Teratak Muslim
Cuti-cuti di Lagun Kuala Ibai 2010
0 comments:
Post a Comment