Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Tuesday, July 13, 2010

Cuti-cuti ke Pulau Kapas

Keunikan 26 Kenali Pulau Kapas


Pulau kapas terkenal dengan kecantikan pantai dan air lautnya yang jernih membolehkan sesiapa sahaja melihat ke dasarnya. Deretan pohon kelapa (pohon nyiur) dengan pasir pantai yang memutih mendatangkan suasana tenang dan semulajadi.
Jika sesiapa yang mencintai suasana semula jadi sebagai destinasi percutian atau untuk merehatkan minda, Pulau Kapas adalah pilihan yang bijak lagi tepat. Tedapat pelbagai jenis batu karang yang sungguh cantik serta hidupan laut lain seolah-olah syurga bagi penyelam skuba dan perenang snokel.
Selain daripada aktiviti menyelam, pengunjung juga boleh meluncur di atas air, berkayak, menaiki bot mengelilingi pulau, memancing atau berenang. Selain itu pengunjung juga boleh melihat beberapa jenis binatang, reptilia dan burung di pulau ini. Anda boleh mendengar kicauan burung yang suka sangat buat kecoh atau buat bising dengan siulannya yang nyaring seperti burung murai batu di pulau ini.
Anda jangan terkejut dengan kehadiran lebih ramai pengunjung pada musim tertentu seperti musim ‘candat sotong’ di pulau ini iaitu di antara Mei hingga Ogos. Aktiviti ini dilakukan pada malam hari dan pengunjung akan merasai sendiri keseronokan mencandat sotong ini yang selama ini hanya dilakukan oleh nelayan atau orang yang mahir sahaja. Kemudiannya, bolehlah buat BBQ atau gorengkan sahaja atau kalau anda suka, boleh dimakan mentah!!
Pulau yang mendapat namanya kerana memiliki pasir pantai yang memutih umpama kapas ini, hanya terletak kira-kira 6 km dari pantai Marang atau lebih kurang 30 minit perjalanan dengan menggunakan bot dari jeti di Marang. Pulau kecil yang bersaiz kira-kira 2 km panjang dan 1 km lebar ini boleh dilihat dengan jelas dari jeti Marang.
• Tentang penginapan, anda jangan risau kerana terdapat banyak resort dan chalet di sini seperti Makcik Gemuk Chalet, Tanco Resorts Bhd, Beautisland Resort Sdn Bhd, dan Nazri Place.
Bagaimanakah untuk ke sini?
• Dari KL ambil penerbangan Malaysia Airlines atau Air Asia ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
ATAU
• Bas/Teksi terus ke Kuala Terengganu
• Apabila sudah tiba di Kuala Terengganu :
Anda kenalah menaiki bas/teksi (Rm 25.00) ke Marang kira-kira 10 km ke selatan KT. Apabila tiba di jeti, jangan risau terdapat ramai pemandu bot yang sedang menanti anda. Perjalanan untuk ke Pulau Kapas mengambil kira-kira 20 atau 30 minit sahaja.
• JANGAN TUNGGU LAGI…SILALAH DATANG KE PULAU KAPAS, PANORAMA INDAH MENANTI ANDA…LIHATLAH FOTO DI BAWAH:
SELAMAT BERCUTI DAN REHATKAN MINDA ANDA...
CUTI-CUTILAH KE TERENGGANU

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP