Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Friday, July 2, 2010

Keropok Lekor BTB 2209

Keunikan 17 – Kenali Keropok Lekor BTB 2209


Keropok lekor dari gerai ini amat popular di sekitar Kuala Terengganu. Ia boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos istimewanya (air lada).
Kebanyakan keropok lekor tidak tahan lama dan jika disimpan di dalam peti simpanan beku, rasanya akan berubah menjadi kurang enak. Bagaimanapun keropok lekor dari Bukit Tok Beng ini boleh tahan lebih kurang 1 bulan kerana proses membuatnya yang bersih sementara teknologi moden digunakan sepenuhnya dalam menghasilkan keropok yang lebih tahan lama sementara rasa istimewa dan kelazatannya dikekalkan.

Kedai yang telah diusahakan sejak tahun 2005 ini telah berjaya membuktikan bahawa keropok lekor boleh mencuri hati bukan sahaja peminat tempatan bahkan luar negara. Mengikut pemiliknya, Haji Nazir, keropok dari kedainya telahpun berada di pasaran Kuala Lumpur dan telahpun dinikmati oleh pelancong dari luar negara seperti Arab Saudi (Mekah), Afrika, New Zealand, Jepun, Singapura dan Brunei.

Walaupun terpaksa beratur untuk mendapatkannya, tapi ia berbaloi kerana selepas anda menikmatinya anda akan rasa kepuasan sebenar keropok ikan dari kedai ini yang tiada tandingnya. (Penulis telah menemui rasa asli keropok lekor di kedai inilah!).
Keropok dari kedai ini boleh didapati dalam berbagai jenis, panas dan sejuk untuk dibawa pulang. Masa berniaganya adalah dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.
Kepada anda yang inginkan kepuasan menikmati rasa keropok Terengganu yang sebenar datanglah ke BTB 2209 ini!!!
Untuk ke BTB 2209
1. Jika anda dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu, selepas keluar dari medan letak kereta teruskan sahaja ke utara sehingga melalui SMK Ibrahim Fikri di sebelah kiri dan lebih kurang 50 meter dihadapan sebelah kanan, bertemulah anda dengan BTB2009.
2. Bagi anda yang datang dari Kuala Terengganu pula selepas melalui bekas hentian tol, terus sahaja berhenti di lampu isyarat yang pertama dan belok kanan, teruskan dan selepas satu selekoh anda akan terus tiba di BTB 2009 disebelah kiri jalan.
SIAPA TAHU? SATU HARI NANTI IA MENJADI SARAPAN DUNIA!
Galeri Keropok BTB 2209

1 comments:

Unknown said...

salam..
saya pembekal keropok lekor dan keropok keping dr terengganu..
klu ade yg berminat nak order blh bgtau.. sy buat melalui pos..
email sy aizaaiz56@gmail.com
sudi2 la lawat page sy n like sekali
FB Page Keropok ORI Terengganu
add saya kat fb Saya Zya..
tq

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP