Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Monday, July 5, 2010

Sesekali Rindu Lepaskan di Pantai Teluk Mak Nik


Keunikan 21 - Kenali Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay)
Namanya sungguh unik kerana ada nada keibuan.  Apabila anda menyebutnya tentu sekali rasa rindu yang amat sangat kepada ibu kita atau mak kita.  Nah! Itu saja sudah cukup untuk menggambarkan betapa terujanya hati dan perasaan tatkala melihat panorama pantai yang indah mendamaikan ini. 
Jika anda seorang kakitangan kerajaan dan pernah berkursus di INTAN Kemaman, tentu anda pernah mendengar atau telahpun tiba di pantai ini.  Pantai ini amat sesuai sekali untuk aktiviti perkelahan sambil melepaskan keletihan bekerja atau untuk beristirehat.  Terdapat juga aktiviti memancing disini kerana pantainya yang berteluk menjadi syurga kepada penggemar pancing. 
Di pantai inilah SUKMA  tahun 2008 untuk acara bola tampar pantai diadakan.  Jika anda terlepas peluang melihat penyu di Rantau Abang, apa kata singgah di pantai ini kerana penyu juga suka bertelur di pantai ini terutama antara bulan Mac hingga Oktober.  Anak-anak penyu juga sering dilepaskan di pantai ini.   
Bagi yang mempunyai keluarga, terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak di samping wakaf-wakaf untuk berehat sambil menikmati angin dari pantai yang sejuk dan nyaman.  Selain daripada itu terdapat juga kiosk, tempat letak kenderaan, papan tanda dan tandas awam untuk kemudahan pengunjung.  Jangan bimbang tentang jalan kerana jalannya berturap dan anda pasti akan merasai keselesaan untuk sampai ke pantai ini.
Sekiranya anda suka berjoging, inilah tempatnya dimana anda boleh menyusuri tepian pantainya sambil menghirup udara segar melepasi deretan pohon rhu.  Aduh….syahdunya! 
Untuk tiba ke Pantai Teluk Mak Nik ini senang sahaja, anda cuma perlu mencari Masjid Geliga , belok kanan  untuk ke Kuala kemaman dan anda akan tiba di satu simpang tiga terus ke kanan. Setelah melepasi lebih kurang 500 meter terus belok ke kiri dan tibalah anda di Pantai Teluk Mak Nik. Anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak papan tanda.
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Pantai Teluk Mak Nik ini kerana hanya anda sahaja yang boleh meletakkan nilainya.  ‘Hanya Jauhari Yang Kenal Manikam”
 Penginapan yang hampir dengan Pantai Teluk Mak Nik (ini hanya beberapa contoh saja, ada lagi yanglain)
1.       Wanti Sayang Homestay 7 minit perjalanan
2.       Tri Homestay Kemaman – 15 minit perjalanan
3.       Raina Homestay dekat Chukai – 10 minit perjalanan
4.       N Ezee Homestay – 10 minit perjalanan

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP