Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Monday, July 19, 2010

Anggun Gayamu Menawan Hatiku

Keunikan 31 – Keanggunan Songket Terengganu
Negeri Cantik Songket Menarik, itulah kata-kata yang penulis ingin gambarkan tentang kemasyhuran kain songket Terengganu.  Songket diusahakan di Terengganu sejak dari dahulu lagi.  Pada masa dahulu songket hanya di pakai oleh golongan istana, orang-orang besar dan kenamaan sahaja kerana harganya yang mahal kerana  diperbuat dari benang sutera.   Untuk membolehkan orang biasa menggunakan songket, maka benang kapas digunakan dan harganya tidaklah semahal benang sutera.  Oleh itu songket boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dan penggunaannya semakin meluas. 
Hari ini kain tenunan songket semakin berkembang dan kualitinya semakin bertambah.   Selain daripada itu ia dipelbagaikan dalam pelbagai bentuk.  Di antaranya pakaian pengantin, cenderamata, bahan hiasan beg, penghias dinding ( seni khat ), hiasan sarung kusyen, lapik pinggan dan lain-lain lagi.








Keunikan dan keanggunan songket terletak pada sulaman halus benang emas dan perak yang menarik. Sehelai atau sepasang kain songket memerlukan masa berminggu-minggu untuk menyiapkan.  Tedapat tiga corak songket yang biasa digunakan iaitu berbunga penuh, bertabur ataupun bercorak samada corak jalur, siku keluang, tapak catur atau pucuk rebung. 
Untuk menghasilkan corak songket, penggubah-penggubah bunga haruslah mempunyai daya kreatif yang tinggi agar hasil yang diperoleh bermutu tinggi.  Terdapat beberapa motif yang digunakan antaranya motif tumbuh-tumbuhan, alam semula jadi, alam benda dan binatang. 


Sebelum tenunan boleh dijalankan, terlebih dahulu beberapa proses lain perlu disiapkan.  Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna dan di keringkan.  Benang yang telah kering akan digulung dengan menggunakan pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.  Proses inidipanggil ‘melerai benang’.



Proses seterusnya ialah membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.  Proses ini memerlukan kemahiran kerana benang akan putus atau mudah kusut jika kurang mahir. Proses ini pula di kenali sebagai proses ‘menganeng’.
Setelah benang loseng sudah siap maka proses seterusnya adalah proses menggulung benang dengan mengggunakan sekeping papan loseng.  Pada masal dahulu proses ini memerlukan kawasan lapang yang luas memanjang mengikut ukuran kepanjangan benang loseng.  Proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti kerana benang yang digulung mestilah tidak putus atau kusut. 

Proses seterusnya ialah proses ‘mengarak’.  Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.  Setelah selesai mengarak, bolehlah corak-corak digubah diatas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang. 



Setelah siap proses menenun kain songket akan dilakukan.  Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.
Proses menenun memerlukan kesabaran, ketelitian, penglihatan dan memori yang kuat agar hasilnya memuaskan. 
Keindahan songket terletak pada kepelbagaian dan kehalusan coraknya serta motif-motif yang menarik.
 Pengunjung yang ingin menyaksikan sendiri proses menenun kain songket ini bolehlah datang ke Terengganu khususnya  Kuala Terengganu kerana terdapat banyak industri kain songket di sini.  Kain-kain songket yang telah siap banyak dijual di Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu.


'SELAMAT MEWARNAI HIDUP ANDA DENGAN KEASLIAN DAN KEANGGUNAN
SONGKET DARI TERENGGANU'

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP