Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Friday, August 6, 2010

Kisah Palas dan Pemalas

Keunikan 43 – Kenali Ketupat Palas Terengganu (2)

Sambungan cerita tentang ketupat palas dan pemalas.
Pada suatu hari si ibu mendapat satu akal. Diambilnya beberapa ikat daun palas yang belum dianyam lalu diletakkan di dalam bilik anaknya.
Di bawah longgokan daun palas itu di letakkan tali yang panjang dan disembunyikan . Bahagian hujung tali ditarik sehingga ke pintu bilik si anak. Tujuannya adalah untuk ditarik-tarik supaya longgokan daun palas itu nampak seperti bergerak-gerak.

Pada malam hari setelah si anak tidur, si ibu memasuki bilik si anak dan bersembunyi disebalik pintu. Si ibu kemudiannnya mengucapkan “malas, malas ambil aku!” secara berulang-ulang dan dengan suara yang kasar supaya tidak dapat dicamkan oleh si anak. Suara dan ucapan yang berulang-ulang ini telah mengejutkan si anak dari tidur. Dalam keadan terkejut dan terpinga-pinga si anak mencari dari manakah datangnya suara itu.
Pada ketika itu si ibu menarik tali yang disembunyikan lalu longgokan daun palas di tepi dinding bilik anaknya bergerak-gerak. Dalam samar-samar cahaya pelita, si anak dapat melihat longgokan daun palas di tepi dinding biliknya bergerak-gerak dan mula berasa takut lalu berlari keluar mencari ibunya tetapi tidak berjumpa.



Dengan perasaan takut si anak kembali semula ke biliknya dan dia berharap daun palas itu tidak lagi bersuara dan bergerak. Dia ingin menyambung semula tidurnya namun sebaik sahaja dia meletakkan kepala di atas bantal daun palas mula bergerak dan bersuara, “malas, malas ambil aku” berkali-kali. Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan itu, dia memberanikan diri lalu diambilnya daun palas tersebut dan diletakkan di hujung katilnya.
 

Dia berharap, daun palas itu tidak lagi mengacau tidurnya. Lalu, dia merebahkan diri dan terus menyambung kembali tidurnya. Sebaik sahaja dia ingin menutup mata, terdengar pula suara’ “malas, malas raut aku” secara berulang-ulang tetapi kali ini lebih perlahan. Dia tidak mempedulikannya lalu menarik selimut dan menutup mukanya. 

Pada ketika ini si ibu bersuara dengan lebih kuat dan kasar membuatkan si anak tidak dapat melelapkan mata. Dia bangun lalu ke dapur dan mengambil pisau untuk meraut daun palas di hujung katilnya. Setelah selesai dia pun meletakkan daun palas yang telah di raut itu di tepi katilnya dan kembali semula untuk menyambung tidurnya.
Namun dia tidak juga berjaya untuk tidur kerana ketika matanya mula terpejam dan hampir lena dia terdengar pula suara “malas, malas anyam aku” berulang kali sehinggalah dia terpaksa bangun dan menganyam daun palas yang berlonggok itu sehingga menjadi ketupat. Pada anyaman yang terakhir hari pun siang. Si anak dapat melihat remang-remang cahaya dicelah-celah dinding rumahnya. Pada masa itu ibunya telahpun berada di dapur sambil menyiapkan sarapan pagi.


Walaupun dia ingin melelapkan mata namun dia tidak dapat melakukannya kerana rasa mengantuknya sudahpun hilang. Lalu di ke dapur mendapatkan ibunya. Si anak mulalah bercerita tentang kejadian yang berlaku kepada si ibu. Si ibu mendengar dengan penuh perhatian bimbang rahsianya terbongkar. Lalu si ibu menerangkan bahawa daun palas itu sememangnya begitu kepada orang yang malas menganyamnya menjadi ketupat. Si anak berjanji tidak akan malas lagi dan akan membantu ibunya.


Itulah cerita yang penulis dengar ketika zaman kanak-kanak. Betapa bagusnya orang-orang tua di Terengganu ini mengajar anak-anak mereka yang malas dengan cerita-cerita yang penuh teladan. Sebenarnya banyak kisah-kisah yang menarik yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran kepada generasi hari ini.  Cerita-cerita seperti ini jika digarapkan dengan baik boleh menarik golongan muda untuk membaca.
MEMBACA JAMBATAN ILMU
 Sekian. Tamat.

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP