Putu Bambu, nama yang unik. Ia adalah makanan tradisional Terengganu yang enak dan sangat istimewa. Makan sekali pasti rasa hendak lagi.
Diperbuat daripada tepung beras sebagai bahan mentah utamanya selain daripada kelapa muda serta manisan atau gula melaka.
Proses membuatnya mudah sahaja tetapi mesti bersabar kerana ia perlu dikukus di dalam bambu atau buluh . Mungkin kerana itulah asal namanya yang unik.
Putu ini jikalau dimakan ketika masih panas, ho..ho..hoo…lazat sekali! Sekiranya anda ingin mencuba dan merasai keenakannya, kenalah datang ke Terengganu.
Proses membuatnya mudah sahaja tetapi mesti bersabar kerana ia perlu dikukus di dalam bambu atau buluh . Mungkin kerana itulah asal namanya yang unik.
Proses pengukusan |
Sebahagian telah masak dan diangkat keluar |
Foto yang penulis paparkan ini di ambil sebuah pasar tani. Mengikut pengusahanya, beliau sudah lebih dari 30 tahun menceburi bidang pembuatan putu ini bersama keluarganya.
Kueh tradisional ini boleh di dapati di pasar malam, pasar tani yang beroperasi setiap minggu mengikut hari dan tempat yang berbeza.
PUTU BAMBU BOLEH DIBEI DI PASAR MALAM, PASAR TANI DAN KADANG-KADANG DI PASAR HARIAN.
0 comments:
Post a Comment