Keunikan 58– Kenali Hotel dan Resort di Kuala Terengganu
Kuala Terengganu sebagai destinasi pelancongan dan percutian adalah pilihan yang tepat. Anda yang datang ke Kuala Terengganu tentunya memerlukan tempat untuk melelapkan mata dan merehatkan badan. Usah gusar dan gundah gulana kerana terdapat banyak tempat-tempat atau penginapan yang akan membolehkan anda lena sambil dibuai mimpi indah.
Penulis cuba kumpulkan seberapa banyak hotel dan penginapan yang terdapat di Kuala Terengganu ini supaya anda yang akan datang berkunjung ke Kuala Terengganu boleh mendapat maklumat yang cepat dan mudah hanya dengan klik blog ini saja. Jom kita mulakan!
Penulis cuba kumpulkan seberapa banyak hotel dan penginapan yang terdapat di Kuala Terengganu ini supaya anda yang akan datang berkunjung ke Kuala Terengganu boleh mendapat maklumat yang cepat dan mudah hanya dengan klik blog ini saja. Jom kita mulakan!
Sebagai permulaan, penulis akan memperkenalkan dua buah tempat penginapan.
1. Hotel Primula Park Royal
Hotel ini merupakan satu pilihan yang baik kerana letaknya yang strategik iaitu di Pantai Peranginan Batu Buruk dan hanya 1 km dari pusat bandar Kuala Terengganu atau 12 km dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
Pelbagai kemudahan disediakan oleh hotel ini yang pastinya akan memberikan kepuasan bagi sesiapa sahaja yang bermalam di sini.
Pengunjung yang menginap di hotel ini pasti tidak akan kecewa kerana hotel ini menyediakan pelbagai kemudahannya seperti kolam renang, kedai di lobi, perkhidmatan bilik 24 jam, tempat meletak kenderaan, kemudahan limousine dan banyak lagi.
Dari hotel ini pengunjung akan dapat menyaksikan panorama indah Laut Cina Selatan dan Pantai Peranginan Batu Burok yang terkenal.
Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan infomasi tentang hotel ini.
Tunggu apa lagi? Ayuh! Lenakan mata anda di Primula Park Royal.
2. Hotel Grand Continental
Hotel Grand Continental terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin. Sekiranya anda datang dari bulatan Batu Bersurat, lebih kurang 500 meter di sebelah kanan anda, di situlah tersergam Hotel Grand Continental ini.
Pintu masuk bersebelahan jalan sementara bahagian penginapan bersetentang dengan Laut Cina Selatan. Boleh anda bayangkan betapa indah suasananya?
Anda boleh menerokai dan melawati destinasi pelancongan yang berhampiran dan berdekatan dengan kedua-dua hotel ini seperti:
· Pasar Besar Kedai Payang
· Bazar Warisan
· Bukit Puteri
· Istana Maziah
· Pusat Dagangan Teregganu/Planetarium
· Bazar Stesyen Bas MBKT
· Bulatan Batu Bersurat
· Wisma Darul Iman (Pusat Pentadbiran)
· Taman Rekreasi Syahbandar
· Kampung Cina
· Pulau Warisan (dalam pembinaan)
· KT Water Front
· Bukit Keledang
· Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)
· Lagun Kuala Ibai
· Pantai Batu Burok
· Taman Rekreasi Batu Burok
· Pembuatan Perahu Tradisional Terengganu di Pulau Duyong
Jangan tunggu lagi…singgahlah di Hotel Grand Continental pula!
0 comments:
Post a Comment