Keunikan 73 – Kenali YPU Terengganu
23 September, bertempat di Pusat Dagangan Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah mengadakan Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya. Penulis sempat berkunjung dan menyaksikan kemeriahan majlis tersebut.
Pelbagai juadah disajikan termasuklah makanan tradisional terkenal Terengganu nasi dagang. Ada ketupat, sate, rendang, tapai pulut, kuih-muih, laksa, keropok dan macam-macam lagi.
Penulis bersama salah seorang tetamu |
Layanan yang mesra menjadikan pengunjung dapat menikmati hidangan dengan selesa dan menyelerakan. Hiasan dan pengisian dekorasi majlis yang cantik dengan beberapa gerai kecil menghiasi di suatu sudut menepati citarasa timur yang mementingkan kepuasan dan keselesaan tetamu dan pengunjung.
CEO YPU |
Gerai T' Square |
Gerai-gerai yang menyajikan makanan tradisional Terengganu |
Sambil menikmati juadah, tetamu dan pengunjung di sajikan halwa telinga yang mengasyikkan. Kehadiran kumpulan Dendang Anak dengan irama etnik nusantara memeriahkan suasana. Info Kumpulan Dendang Anak Klik
Salah Seorang Anggota Kumpulan Dendang Anak |
Selain daripada itu, gelagat beberapa orang tetamu yang naik ke pentas mendendangkan lagu karaoke semakin menceriakan majlis.
Kemuncaknya apabila CEO YPU yang ‘sporting’ sudi mendendangkan sebuah lagu menggamatkan suasana dan majlis menjadi semakin meriah dan menghiburkan.
Info YPU Terengganu
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) ialah sebuah perbadanan yang mempunyai objektif untuk menjadi sebagai 'One Stop Agency' keusahawanan yang akan membantu menjana pembangunan keusahawanan negeri khasnya dan negara amnya. Proses perlaksanaan objektif tersebut mensasarkan matlamat-matlamat berikut:· Ke arah meningkatkan bilangan usahawan kelas menengah yang berwibawa ke tahap global.
· Mempertingkat dan memperkembangkan jalinan keusahawanan dan keupayaan pengetahuan usahawan sedia ada.
· Menyediakan kemudahan prasarana pembangunan keusahawanan dalam usaha membantu peningkatan daya saing dan daya maju usahawan tempatan.
· Mewujudkan pengurusan, budaya dan ruang korporat YPU yang menjadi tunggak kecemerlangan usahawan.
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu telah diperbadankan pada 31 Mac 1994 dibawah AKTA SYARIKAT 1965 sebagai sebuah syarikat "LIMITED BY GUARANTEE" (Jaminan Terhad). Ianya mula beroperasi pada 1 Julai 1994 dengan berorientasikan gabungan obligasi sosial dan keuntungan demi membawa manafaat kepada golongan usahawan. Sumber Rujukan klikMontaj Persembahan Persijilan 5S 2010 YPU Terengganu
WAKTU PERKHIDMATAN
Waktu Pejabat Urusan
Pagi ~ 8:00 Pagi Hingga 1:00 Petang
Rehat ~ 1:00 Petang Hingga 2:00 Petang
Petang ~ 2:00 Petang Hingga 5:00 Petang (Ahad Hingga Rabu)
~ 2:00 Petang Hingga 3:30 Petang (Khamis)
Kaunter Pembayaran
Pagi ~ 8:30 Pagi Hingga 1:00 Petang
Rehat ~ 1:00 Petang Hingga 2:00 Petang
Petang ~ 2:00 Petang Hingga 4:30 Petang (Ahad Hingga Rabu)
~ 2:00 Petang Hingga 3:00 Petang (Khamis)SELAMAT DATANG KE TERENGGANU DARUL IMAN
Apabila Singgah di Planetarium..Singgahlah di YPU Terengganu
0 comments:
Post a Comment